Labels

Showing posts with label surat anwar dedah mahathir. Show all posts
Showing posts with label surat anwar dedah mahathir. Show all posts

Thursday 8 March 2012

Siar Surat Anwar Bagi Menutup Pendedahan Surat Mahathir

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik NAzmi Nik Ahmad hari ini menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia’Surat Anwar Kepada Tokoh Yahudi’ tidak mendatangkan apa-apa kontroversi.

Madey bersalam baik dengan pembunuh rakyat iraq, Bush ahli freemason yang takut akan kebangkitan khalifah Islam.

Dalam pada masa yang sama beliau turut membidas akhbar tersebut berhubung dengan surat Ketua Umum KEADILAN, DAtuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 yang dihantar kepada National Endowment For Democracy (NED).

“Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.

“Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

“Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil,” jelasnya.

Menurutnya lagi, ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini turut diakui kerajaan.

“Reaksi dari BERSIH maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara ini,” sambungnya.

Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.

psst....Isu SBPA, kerana bukan pembangkang sudah tentu SBPA dilaksanakan, Syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada PR kerana perjuangan mereka.


Jom Layan OASIS

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat