Labels

Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Sunday 20 July 2014

Punca: Bagaimana Palestin Jatuh Ke Tangan Zionis?

1. Mengapa Palestin Tiada Pemerintah Sendiri?

Kerana Palestin diperintah oleh kuasa luar.

Sejak awal kurun ke-20, pentadbiran Palestin telah dilaksanakan atau dituntut oleh kuasa-kuasa dari luar Palestin termasuk dari Turki, British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan akhirnya Zionis.

Sebelum Perang Dunia Pertama, Palestin berada di bawah pentadbiran Khilafah Uthmaniyyah (dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Ottoman Empire) yang berpusat di Istanbul, Turki. Palestin ketika itu dibahagikan kepada beberapa daerah yang digelar ‘mutasarrifiyyah‘ (‘sancak‘ dalam bahasa Turki), antaranya:

al-Quds ash-Sharif (Baitul Maqdis atau Jerusalem);
Akka (kini Acre, Israel);
Nablus.
Setiap mutasarrifiyyah ditadbir oleh ‘mutasarrif‘, gabenor yang dilantik oleh Sultan. Mutasarrif terakhir bagi al-Quds ash-Sharif ialah Ahmed Izzet Pasha, pemerintah Tentera Ketiga (Üçüncü Ordu) Khilafah Uthmaniyyah yang berketurunan Albania. Apabila tentera Khilafah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis telah ditewaskan oleh tentera British pada Disember 1917, Ahmad Izzet telah menandatangani surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British sebagai mutasarrif.1


00107v
Sekutu Khilafah Uthmaniyyah, Ketua Turus Tentera Jerman, Jeneral Erich von Falkenhayn, di Kubah as-Sakhrah (Dome of the Rock) pada 1916.

kress
Kakitangan yang bekerja bersama Freidrich Kress von Kressenstein, warga Jerman yang berkhidmat sebagai ketua turus Tentera Keempat (Dördüncü Ordu) di bawah pimpinan Djemal Pasha, yang berpangkalan di Palestin.

00116v
Panji-panji rejimen diserahkan kepada barisan pertahanan Gaza, yang menangkis serangan pertama British pada 1917.

penyerahan
Pemerintah Tentera Ketiga Khilafah Uthmaniyyah, Ahmed Izzet Pasha, tiba di Baitul Maqdis pada April 1917.
serah
Teks asal surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British yang ditandatangani Ahmed Izzet sebagai mutasarrif, berbunyi: “Disebabkan kedahsyatan pengepungan bandar dan penderitaan yang ditanggung negeri aman ini akibat senjata berat anda; dan kerana bimbang bom-bom akan mengenai tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kepada anda bandar ini melalui Hussein Bey al-Husayni, datuk bandar Baitul Maqdis, sambil berharap bahawa anda akan melindungi Baitul Maqdis sebagaimana kami telah melindunginya selama lebih lima ratus tahun.”

allenby
Berbeza daripada Maharaja Jerman Wilhelm II yang memasuki Baitul Maqdis dengan berkuda pada 1898, pemerintah Pasukan Ekspedisi Mesir, Jeneral Edmund Allenby, telah turun daripada kuda tunggangan bersama-sama para pegawainya sebagai tanda hormat, dan masuk ke Baitul Maqdis dengan berjalan kaki pada 11 Disember 1917.

2. Siapa Yang Jatuhkan Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Palestin?

British.

Tentera Khilafah Uthmaniyyah yang bersekutu dengan tentera Jerman telah ditewaskan oleh ‘Pasukan Ekspedisi Mesir’ (Egypt Expeditionary Force), satu pasukan yang dianggotai tiga kor ketenteraan dari empayar British termasuk tentera dari Australia, India dan New Zealand.

3. Mengapa Pula Bani Hashim Menuntut Palestin Daripada British?

Kerana Bani Hashim, yang berpusat di Hijaz, mahu menubuhkan ‘khilafah Islam Arab’ yang meliputi Palestin, dengan meminta bantuan British untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Bantuan ini telah diminta melalui perutusan surat oleh Sharif Mekah (gelaran bagi penjaga dua tanah suci Mekah dan Madinah) ketika itu, Hussein bin Ali.

Hussein telah mengutuskan surat berkenaan kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Sir Henry McMahon pada tahun 1915, ketika Palestin masih di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Bani Hashim kemudiannya telah membantu menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah dengan melakukan pemberontakan di Hijaz, termasuk di Mekah, Madinah dan Jeddah.

Hussein telah dianugerahkan Honorary Knight Grand Cross of the Order of the Bath oleh British. Beliau kemudian telah melantik diri sebagai ‘khalifah’ pada 1924. Anak beliau Faisal yang merupakan Raja Syria telah dilantik sebagai Raja Iraq, manakala Abdullah telah ditabalkan sebagai Raja Transjordan. Walau bagaimanapun, Bani Hashim telah dikalahkan oleh keluarga Al-Saud pada 1925 dan Hussein melarikan diri ke Cyprus.

hussein
Sharif Mekah, Hussein bin Ali, daripada Bani Hashim, telah membantu British menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah dengan melakukan pemberontakan. Beliau telah dianugerahkan Honorary Knight Grand Cross of the Order of the Bath oleh British.

ibnsaud
Ibn Saud, atau nama penuhnya Abdul Aziz Al-Saud, telah menawan Mekah daripada Bani Hashim pada 1925. Beliau kemudiannya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi pada 1932.

4. Apakah Perjanjian Bani Hashim Dengan Pihak Luar Untuk Menentukan Pentadbir Palestin?

1. Surat-Menyurat antara Hussein-McMahon (1915): Palestin milik Arab

Sejak perutusan surat pertama oleh Hussein bin Ali kepada Sir Henry McMahon pada 15 Julai 1915, sebanyak sembilan lagi surat telah diutuskan antara kedua-dua individu berkenaan. Di dalam surat yang keempat bertarikh 24 Oktober 1915, McMahon telah meminta kawasan berikut dikecualikan daripada tuntutan Bani Hashim:

The two districts of Mersina and Alexandretta and portions of Syria lying to the west of the districts of Damascus, Homs, Hama and Aleppo cannot be said to be purely Arab, and should be excluded from the limits demanded.2

[Kedua-dua daerah Mersina dan Alexandretta dan bahagian-bahagian Syria yang terletak di barat daerah Damsyik, Homs, Hama dan Aleppo tidak boleh dikatakan (kawasan) tulen Arab, dan seharusnya dikecualikan daripada had-had yang dituntut.]

Walau bagaimanapun, kawasan bukan ‘tulen Arab’ yang diminta oleh McMahon untuk dikecualikan daripada tuntutan Bani Hashim ini tidaklah termasuk Palestin:

Mersina – kini Mersin, Turki
Alexandretta – kini Iskenderun, Turki
Bahagian Syria yang terletak di barat Damsyik, Homs, Hama dan Aleppo – kini Lubnan
Adana – kini sebahagian Turki
Aleppo – kini sebahagian Syria
Beirut – kini sebahagian Lubnan
Ini bermakna Palestin masih lagi berada di bawah kawasan yang dituntut oleh Hussein.

sancak
Palestin meliputi kawasan ‘mutasarrifiyyah‘ (‘sancak‘ dalam bahasa Turki) Baitul Maqdis (Jerusalem), Nablus (Balqa) dan Akka (Acre).

2. Perjanjian Faisal-Weizmann (1919): Palestin milik bersama bangsa Arab dan Yahudi

Perjanjian Faisal-Weizmann ialah perjanjian antara Raja Faisal bin Hussein bin Ali al-Hashimi, ketika itu Raja Syria, dengan Chaim Weizmann, Presiden Organisasi Zionis Dunia, yang ditandatangani pada 3 Januari 1919. Raja Faisal ialah anak kepada Hussein bin Ali.

Di dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin dalam skala besar:

Article IV

All necessary measures shall be taken to encourage and stimulate immigration of Jews into Palestine on a large scale, and as quickly as possible to settle Jewish immigrants upon the land through closer settlement and intensive cultivation of the soil. In taking such measures the Arab peasant and tenant farmers shall be protected in their rights, and shall be assisted in forwarding their economic development.3

(Artikel IV

Semua langkah-langkah yang perlu akan diambil untuk menggalakkan dan merangsang imigrasi Yahudi ke Palestin dalam skala besar, dan dengan secepat yang mungkin untuk menempatkan imigran-imigran Yahudi ke tanah ini melalui penempatan yang hampir dan pengusahaan tanah secara intensif. Semasa mengambil langkah-langkah tersebut para petani Arab dan petani penyewa akan dilindungi hak-hak mereka, dan akan dibantu untuk memajukan perkembangan ekonomi mereka.)


tandatangan

weizmann
Teks asal Perjanjian Faisal-Weizmann yang menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin pada skala besar.

faisal
Raja Faisal bersama-sama Chaim Weizmann pada 1919.

Article IV All necessary measures shall be taken to encourage and stimulate immigration of Jews into Palestine on a large scale, and as quickly as possible to settle Jewish immigrants upon the land through closer settlement and intensive cultivation of the soil. In taking such measures the Arab peasant and tenant farmers shall be protected in their rights, and shall be assisted in forwarding their economic development.
- See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/5BFF833964EDB9BF85256CED00673D1F#sthash.iCZWLTNA.dpufKerana Bani H

5. Apakah Perjanjian Antarabangsa Yang Menentukan Pentadbir Palestin?

1. Perjanjian Sykes-Picot (1916): Palestin milik pentadbiran antarabangsa

Perjanjian Sykes-Picot ialah perjanjian antara British dan Perancis, dengan persetujuan Russia, untuk membahagikan pengaruh mereka ke atas wilayah Khilafah Uthmaniyyah, sekiranya mereka berjaya menewaskan khilafah tersebut. Perjanjian ini telah diusahakan oleh penasihat diplomatik British Sir Mark Sykes dengan diplomat Perancis, Francois Georges-Picot.

Perjanjian ini telah dimuktamadkan pada 16 Mei 1916. Di dalam surat yang diutuskan oleh Setiausaha Luar British, Sir Edward Grey kepada duta Perancis di UK, Paul Cambon pada tarikh tersebut, Palestin telah diputuskan untuk diletak di bawah sebuah pentadbiran antarabangsa:

3. That in the brown area there shall be established an international administration, the form of which is to be decided upon after consultation with Russia, and subsequently in consultation with the other Allies, and the representatives of the Shereef of Mecca.4

(3. Bahawa di kawasan bertanda perang akan ditubuhkan sebuah pentadbiran antarabangsa, yang bentuknya akan diputuskan selepas rundingan dengan Russia, dan kemudiannya rundingan dengan pihak-pihak Berikat yang lain, dan para perwakilan Sharif Mekah.)

sykespicot
Peta yang disertakan bersama surat Sir Edward Grey kepada Paul Cambon. Kawasan bertanda perang ialah kawasan yang dicadang untuk diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.

2. Deklarasi Balfour (1917): Palestin milik bangsa Yahudi

Deklarasi Balfour ialah sepucuk surat bertarikh 2 November 1917 yang diutuskan oleh Setiausaha Luar British, Arthur Balfour, kepada Walter Rothschild, untuk disampaikan kepada Persekutuan Zionis Great Britain dan Ireland.

His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of the object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious’ rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country – See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61#sthash.dCa7OCnh.dpufHis Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of the object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious’ rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country – See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61#sthash.dCa7OCnh.dpuf
His Majesty’s government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.5

[Kerajaan Baginda (Raja United Kingdom) menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaian objek ini, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.]

balfour
Arthur Balfour dan suratnya kepada Walter Rothschild yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour.


3. Perjanjian Sevres (1920): Palestin milik bangsa Yahudi

Pada 25 April 1920, mesyuarat Majlis Tertinggi Kuasa-kuasa Berikat yang dihadiri Perdana Menteri Britain David Lloyd George, Perdana Menteri Perancis Alexandre Millerand, Perdana Menteri Itali Franceso Nitti dan duta Jepun di Perancis, K. Matsui, telah mempersetujui Resolusi San Remo. Resolusi ini telah mengulangi sokongan yang diberikan kerajaan British kepada bangsa Yahudi di dalam Deklarasi Balfour:

The High Contracting Parties agree to entrust, by application of the provisions of Article 22, the administration of Palestine, within such boundaries as may be determined by the Principal Allied Powers, to a Mandatory, to be selected by the said Powers. The Mandatory will be responsible for putting into effect the declaration originally made on November 8, 1917, by the British Government, and adopted by the other Allied Powers, in favour of the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.6

(Pihak-Pihak Pejanji bersetuju untuk mengamanahkan, melalui aplikasi peruntukan Artikel 22, pentadbiran untuk Palestin, dalam sempadan yang ditentukan oleh Kuasa-kuasa Berikat Utama, kepada satu Mandatori, yang akan dipilih oleh Kuasa-kuasa yang telah disebutkan. Mandatori ini akan bertanggungjawab untuk melaksanakan deklarasi yang pada asalnya dibuat pada 8 November, 1917, oleh Kerajaan British, dan diterima oleh Kuasa-kuasa Berikat lain, yang menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.)

sanremo
Baris hadapan dari kiri: K. Matsui, David Lloyd George, Alexandre Millerand dan Francesco Nitti.

Resolusi San Remo ini telah dibentuk menjadi Perjanjian Sevres, dan ditandatangani oleh Kuasa-kuasa Berikat (UK, Perancis, Itali dan Jepun) beserta wakil Khilafah Uthmaniyyah.

Walau bagaimanapun, Khilafah Uthmaniyyah gagal meratifikasi perjanjian ini kerana ia memerlukan tandatangan Mustafa Kemal Ataturk, pemimpin parti yang memenangi pilihanraya Parlimen Turki. Kemal, yang baru membentuk kerajaan baru berpusat di Ankara pada 23 April 1920, mengecam perjanjian tersebut. Beliau menghimpunkan tentera dan melancarkan Perang Kemerdekaan Turki untuk merampas kembali wilayah-wilayah yang telah jatuh di bawah pengaruh Kuasa-kuasa Berikat, termasuk Istanbul.

riza
Wakil Khilafah Uthmaniyyah yang menandatangani Perjanjian Sevres: dari kiri Rıza Tevfik, Damat Ferid Pasha, Bağdatlı Hadi Pasha dan Reşad Halis.

kemal
Mustafa Kemal Ataturk mengecam dan enggan menandatangani Perjanjian Sevres. Beliau kemudian melancarkan perang untuk merampas kembali wilayah yang telah jatuh di bawah pengaruh Kuasa-kuasa Berikat, termasuk Istanbul.

dumlupinar
Kemal semasa Pertempuran Dumlupinar untuk merampas kembali wilayah Anatolia daripada Greece. Kemaraan tentera Ataturk yang menghapuskan tentera Greece telah mengakibatkan Kuasa-kuasa Berikat menawarkan Perjanjian Lausanne untuk menamatkan perang. Perang Kemerdekaan Turki berakhir apabila Turki menandatangani Perjanjian Lausanne, dan tentera British, Itali serta Perancis meninggalkan Istanbul pada 23 September 1923.

4. Mandat untuk Palestin (1923): Palestin milik bangsa Yahudi

Mandat untuk Palestin (Mandate for Palestine) ialah dokumen tauliah untuk pentadbiran wilayah-wilayah bekas jajahan Khilafah Uthmaniyyah yang membentuk Palestin. Mandat ini telah dibuat oleh Liga Bangsa (organisasi pendahulu PBB) dan berkuatkuasa pada 29 September 1923.

Kandungan mandat ini adalah berdasarkan Resolusi San Remo dan turut mengulangi sokongan yang diberikan kerajaan British kepada bangsa Yahudi di dalam Deklarasi Balfour:

Whereas the Principal Allied Powers have also agreed that the Mandatory should be responsible for putting into effect the declaration originally made on November 2nd, 1917, by the Government of His Britannic Majesty, and adopted by the said Powers, in favour of the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, it being clearly understood that nothing should be done which might prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.7

(Manakala Kuasa-kuasa Berikat Utama telah bersetuju bahawa Mandatori berkenaan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan deklarasi yang pada asalnya dibuat pada 2 November, 1917, oleh Kerajaan Baginda Raja Britain, dan diterima oleh Kuasa-kuasa yang telah disebutkan, yang menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.).


mandat
Teks asal Mandat untuk Palestin yang mengandungi kenyataan sokongan Kuasa-kuasa Berikat terhadap pewujudan “rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi” di Palestin.

1. “The surrender of Jerusalem to the British, December 9th, 1917. Copy of the letter of surrender.,” Library of Congress, 9 Disember, 1917, http://www.loc.gov/pictures/item/mpc2004004546/PP/

2. “Letters between Hussein Ibn Ali and Sir Henry Mcmahon,” The World War I Document Archive, http://wwi.lib.byu.edu/index.php/Letters_between_Hussein_Ibn_Ali_and_Sir_Henry_Mcmahon

3. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL), http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/5BFF833964EDB9BF85256CED00673D1F

4. “15 & 16 May, 1916: The Sykes-Picot Agreement,” The World War I Document Archive, http://wwi.lib.byu.edu/index.php/Sykes-Picot_Agreement

5. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL), http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61

6. “San Remo Resolution,” Council on Foreign Relations, 25 April, 1920, http://www.cfr.org/israel/san-remo-resolution/p15248

7. “Mandate for Palestine and Memorandum by the British Government Relating to its Application to Transjordan,” World Digital Library, 16 Ogos, 1922, http://www.wdl.org/en/item/11572/

#Ada sebutan pasal kamal mustapa kamal artartuk bererti bukan memuji beliau, saya tahu...itu hanya permainan pengkhianat mustapa kamal artartuk untuk menjatuhkan usmaniah secara senyap....

Baca Berita Penuh ..

Sunday 2 December 2012

Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada . 


Abyssinia 
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2 

Austria – Hungary 
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama . 

Basutoland 
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966 

Bengal 
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India . 

Burma 
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma . 

Catalonia 
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut . 

Ceylon 
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972 

Champa 
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832. 

Corsica 
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis . 

Czechoslovakia 
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic. 

Jerman Timur & Jerman Barat 
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman . 

Pakistan Timur 
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh. 

Gran Colombia 
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan. 

Hawaii 
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898. 

New Granada 
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang) 

Yaman Utara & Yaman Selatan 
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman. 

Empayar Uthmaniyyah 
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932. 

Persia 
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini . 

Prussia 
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu . 

Rhodesia 
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe . 

Siam 
Menjadi Thailand pada tahun 1939. 

Sikkim 
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975. 

Vietnam Selatan 
Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu . 

Southwest Afrika 
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia. 

Taiwan 
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971. 

Tanganyika dan Zanziba 
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania. 

Texas 
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845. 

Tibet 
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang 

Transjordan 
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946 

USSR 
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. 

Urjanchai Republic 
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia . 

Vermont 
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal. 

West Florida 
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari. 

Western Samoa 
Menjadi Samoa pada 1998. 

Yugoslavia 
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia. 

Zaire 
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

Tanah Melayu
Kini menjadi malaysia hasil gabungan sabah dan sarawak

Ado banyak lagi yang masih kita tidak ketahui, sila rajin-rajin cari kat pak cik google ya.

psst...Apa ajah yg kita boleh ketahui sekiranya kita rajin-rajin menimba ilmu....




Baca Berita Penuh ..

Israel Akan Lenyap 10 Tahun Lagi - Henry Kissinger



Menurut laporan media, Henry Kissinger dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju bahawa dalam waktu terdekat “Israel”  tidak akan wujud lagi.

The New York Post mengutip perkataan Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.

Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika diberikan triliunan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center.

Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan.  Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup.  Dia tidak menawarkan jalan keluar.  Dia hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.

Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.

16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”.

Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.

Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran hukum oleh pendatang haram Yahudi.

Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayag oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan
“nilai-nilai” Amerika.

16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.

Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.

Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”.

Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.

Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel.

psst....WallahuAlam....


Baca Berita Penuh ..

Friday 17 December 2010

Wikileaks : - Rancangan Amerika Yahudi


Menurut pendedahan Wikileaks terbaru daripada kabel Kedutaan Amerika di Britian..diplomat-diplomat Amerika menyatakan Amerika akan menyerang seluruh negara-negara Islam dan dunia Islam termasuk Mekah dan Madinah sekiranya mereka berjaya menawan dan menakluk Iraq, Iran dan Afghanistan 100%, apabila mereka berjaya menakluk ketiga-tiga 100% negara tersebut. maka sebuah negara Amerika versi Asia barat akan ditubuhkan dan maka dengan itu persenjataan secara complete akan dibina untuk tujuan rancangan mereka.

Inil adalah uutuk "Menghapuskan agama Islam kerana ia adalah perosak kepada dunia dan penghalang kepada penjajahan Barat di seluruh dunia" 

Jadi nyawa umat Islam di seluruh dunia bergantung kepada keputusan perang di Iraq dan Afghan. Kalau Iraq dan Afghan ditakluk dan pejuang-pejuang Islam dikalahkan maka dengan mudah Iraq dapat dihancur-lumatkan. Setelah Al-Qaeda dihapuskan maka sampai giliran untuk hapuskan umat Islam pulak.

Islam adalah penghalang terbesar cita-cita New World Order Dajjal. .... matalamat terakhir NWO Dajjal yang mesti di laksanakan sebelum Utopia (syurga dunia) wujud di 'Great Israel'. So, Turkey, Pakistan dan Asia Tenggara going to be 'the next war zone'. 

Wikileaks, Defining the Moment?
http://www.rense.com/general92/wikidef.htm



psst :
Dengan vietnam pun boleh kalah dajal Amerika ni..ada hati nak kalahkan umat Islam..porahhh...!!!..apa-apa pun umat Islam dah kalah pun dengan harta yahudi, contohnya lalai dengan facebook.  

Baca Berita Penuh ..

Saturday 13 November 2010

Mari Jadi Manusia Pencinta Alam Dan Sebagainya

Artikel ini lahir setelah mendapat feed back yg memberangsangkan dari beberapa orang  tentang kecintaan mereka kepada alam semulajadi.
warnailah artikel ini dengan keindahan alam ciptaan Allah dan jadikan lah artikel ini sebagai pemakin untuk kita memupuk semangat menghormati ,menjaga dan menyayangi ciptaan Tuhan.


mungkin dengan sedikit usaha bermula disini kita boleh mengubah tabiat buruk yg selama ini menjadi kebiasaan orang orang negara dunia ke3, saperti membuang sampah tak kira dimana-mana jua.
jom kita didik dan ajar anak anak kecil kita suapya mencintai alam semulajadi dengan menjaga kebersihan persekitaran dari pencemaran.
ingatlah setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama,dan disini lah permulaannya......

keindahan alam semula jadi mungkin akan hilang jika kita semua tidak menjaganya dengan baik.
bayangkan dengan keindahan alam semula jadi kita dapat hidup dengan lebih tenang dan ceria dan juga dapat menghidu udara yang segar dengan nyaman, ketenangan yang memberangsangkan sambil pula kita pekena minuman contohnya ali cafe, kacip fatimah, kopi, teh panas, dan lain-lain minuman yang terkenal di negara kita ini.

bukan sekadar manusia yang dapat menghidup alam semula jadi yang indah malah haiwan-hawain contohnya kucing dan lain-lain. jadi mari lah kita menjadi manusia yang amanah dan jujur untuk menjaga alam sekitar di muka bumi ini. ingat!! kerana tidak menjaga alam ia juga mempercepatkan prosesnya kiamat. ayuh..cintalah alam sekitar..berdoa lah kepada Allah agar persekitaran alam kita selamat dan dapat menjauhi dari segala bala bencana.



faktor cuaca pula kita haruslah menghargai dengan bijaksana dan yang terbaik..iyelah kadang-kadang mata kita kususnya lelaki terpandang perkara yang membawa keburukan dan wanita pula mendatang keburukannya pada diri sendiri. jadi fikir-fikirkan lah...
jadilah manusia yang murni, harmoni, sejahtera, amanah dan gemilang.




Zainal Abidin - Hijau



Sekadar Teladan

Baca Berita Penuh ..

Sunday 7 November 2010

Antara Cara Dakwah Orang Islam Amerika

Pertubuhan Gain Peace Amerika Syarikat, melakukan kerja kerja dakwah nya secara aktiv. Pihak pertubuhan itu berdakwah di Chicago dengan cara kempen nya dengan mengiklankan kebesaran Islam di dinding dinding bas yang beroperasi di Bandar itu. 

Organisasi GainPeace di Chicago memasang iklan dakwah nya pada bas bas tersebut dan ternyata kegiatan yang dilakukanitu membuahkan hasil yang baik, bukan hanya mampu mengalihkan pandangan masyarakat Barat yang confiuse terhadap Islam malah memberi kesan apabila melihat iklan iklan di badan bas tersebut, setelah dibuat kaji selidik terdapat seramai 17 orang warga Chicago yang memeluk agama Islam ekoran dari kesan pengiklanan dibadan badan bas itu. 

Salah seorang dari nya ialah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berhasrat untuk masuk Islam, apabila terbaca iklan kebesaran Islam pada bas bas di Chicago, hatinya semakin tergerak untuk mendekati Islam, lalu terus memeluk Islam. Tekadnya untuk menjadi seorang Muslim sudah kesampaian dan akhirnya juga.

psst : Alhamdulillah.......kita doakan semoga dakwah mereka di rahmati Allah, Boleh dipraktikkan di Malaysia.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat