Labels

Showing posts with label rosmah shopping. Show all posts
Showing posts with label rosmah shopping. Show all posts

Saturday 30 March 2013

FAKTAK!!! :: 10 Fakta tentang Datin 'Pilihan Ramai', Seri Rosmah Mansor


1. Isteri perdana menteri paling cantik.
Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang la nak kutuk dia macam2, konon tak cantik la, muka berminyak la. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?



Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamorrr

Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.

3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.
Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM. Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.

4. Isteri perdana menteri yang paling besar hati dan besar segala2nya.
Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar hati. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar hati blablabla.. dan etc. Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar hati meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki hati besar lagi tatau malu.


5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.
Artis pun kalah! Almaklum la orang glamer. diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.



6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.
Dah banyak kali rosmah mansur nasihatkan rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.

7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.
Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas? Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.

8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.
Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..

9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.
Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..

10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.
Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.

#Hahahahahahahah!!!!

Baca Berita Penuh ..

Sunday 5 February 2012

PRU13 Separuh Kedua 2012 Sebab NFC & SBPA


Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

“Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. - Sumber Dari LiangLahad

psst....Masalah NFC atau lain-lain bukan keutamaan kepada rakyat malaysia, kususnya melayu. sebab melayu adalah bersifat pentingkan diri sendiri, tidak seperti bangsa-bangsa di luar negara, kerana masalah dan salahlaku kerajaan, semua bangkit dan menentang. orang melayu kita ni lain dan pelik, tak kena ke batang hidung mereka sendiri, mereka biasa ja boleh rilek. Kalau kena kat mereka sudah tentu baru nak menggelabah. itulah sikap pentingkan diri sendiri bangsa melayu kita ni.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 4 February 2012

Tanah Rezab Melayu semakin pupus selepas 54 tahun

Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini. Tetapi sepanjang BN perintah Malaysia lebih 54 tahun, bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus. 


UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN

Merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.
Di Johor pula

-Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore
Di Melaka,

Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.
Di Terengganu,

Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.
Di Langkawi pada tahun 1990,

80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya.
Di Negeri Sembilan

Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
Selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 Juta Hektar
Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Kadar Kehilangan Tanah Rezab Melayu Setelah Dijual Oleh UMNO

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?

WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.

WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah. Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

Pemilikan Tanah WPI Oleh Singapura

Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh “memandrumkan” Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan “menjual” negara kepada warga asing. Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi [Jgn la mencarut] kepada Singapura.

Baca lagi di sini

Apa sudah jadi dengan tanah orang Melayu? Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:-

• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang.

Baca Berita Penuh ..

Friday 3 February 2012

Kepada penganggur Dan Mahasiswa

Kepada graduan yang kini sedang mengangur ataupun graduan bekerja yang tidak sesuai dengan kelulusan lu semua, itu pun bagi yang inginkan pekerjaan yang terbaik mahu pun lu semua memang suka memilih pekerjaan. Tambah-tambah lagi lu semua inginkan pekerjaan mengikut kelulusan dan kos yang diambil semasa lu belajar di universiti dahulu. 

Kepada graduan yang sedang menganggur, Kamon lah jangan nak menuding jari ke atas kesalahan kos yang lu ambil semua. Lu gagal dapat pekerjaan bukan atas sebab-sebab kos yang lu ambil mahu pun kelulusan lu semua yang tidak terpilih langsung untuk sektor pekerja mengikut kelulusan lu semua. 

Lu menganggur dan gagal dapat pekerjaan mengikut kos mahu pun kelulusan yang lu ambil atas sebab-sebab kerajan UMNO/BN gagal mentadbir negara dan gagal membawa ekonomi yang baik malah sikap kerajaan UMNO/BN sendiri mengawalkan sikap pilih kasih iaitu kroni dan mengawal sikap membazir mereka tambah-tambah lagi si isteri ah jib gor yang banyak menghabiskan duit rakyat dan menteri-menteri UMNO/BN yang banyak membawa kegagalan pengurusan kewangan sehingga lu semua menjadi mangsa sukar untuk dapat pekerjaaan akibat kerajaan yang ketiadaan wang dan kesesakan wang.

''Lu lompatlah tinggi, setinggi langit pun takpa, setinggi mana lu semua mampu. Tetapi lu kena ingat, lu semua akan jadi penganggur tegar selagi negara kita diperintah perasuah, penyamun dan perosak negara, hanyalah penganggur yang bersifat pencacai tegar sahaja mudah dapat pekerja dan lu semua yang bukan kaum kerabat dan bukan kroni-kroni hanyalah akan menjadi penganggur tegar dan graduan goyang kaki di rumah.''

Umur had pencen ditambah menjadikan 60 tahun, kadar taraf hidup yang tinggi, jenayah semakin meningkat dan polis tidak mengambil pandang serius terhadap kedar jenayah yang semakin berleluasan. Kerana polis diperkudakan sibuk untuk menangkap dan menyekat orang-orang politik yang ingin membawa perubahan negara, sehinggalah masalah bahaya terhadap masyarakat langsung tidak di ambil peduli itu pun kalau terserempak. Perbalanjaan taraf hidung semakin meningkat tetapi gaji masih di tahap yang rendah. Itukah negara kita ini sudah maju?

Kamonlah graduan, PRU13 kita nyah UMNO/BN dari muka bumi malaysia, kita tumbangkan mereka, kita pilih kerajaan yang mampu membawa pembaharuan terhadap rakyat dan membela nasib rakyat yang tersepit arus pembangunan pembaziran, gaji rendah, kadar hidup yang tinggi, jenayah semakin meningkat angkara ekonomi negara semakin teruk hanya pencacai-pencacainya sahaja yang buta dan tak nampak kerana mereka hanya melihat ke pungkoq mereka tetapi tidak ke hadapan.

Kepada graduan jangan salahkan kos yang lu semua pilih, kalau kerajaan membela nasib rakyat dan bersikap adil sudah tentu lu semua akan dapat pekerjaan tanpa menunggu berbulan-bulan. kepada graduan yang menerima nasib malang sekarang lu pikir lah sendiri berapa lama lu nak tunggu masalah yang dihadapi lu semua. Lu habis belajar dan bergelar graduan takkan lu semua sanggup menunggu berbulan-bulan untuk dipanggil ke sektor kerajaan mahupun swasta mengkut kos dan kelulusan yang lu semua ambil.

UMNO/BN hanya mementingkan kaum kerabat mereka dan kroni-kroninya. Ramai-ramai graduan yang mudah dapat pekerjaan adalah dari kaum kerabat mereka dan kroni-kroni mereka. Kerana kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan yang megamalkan sikap mementingkan kroni-kroni tanpa memikir rakyatnya yang sedang diperbodohkan.

Rugi lah belajar lelah hidup bertahun-tahun, bila habis belajar lu semua jadi menganggur dan bekerja yang mungkin lu semua tidak suka kerana kelulusan lu tidak sesuai ditempat lu semua bekerja. jangan salahkan kos dan kelulusan lu semua. Dan lu pula senang-senang kena bayar duit pinjaman PTPTN tanpa keistimewaan yang lu dapat. Cuma hanya bergelar seorang menganggur sahaja..kekekeke...

Lu lihat kerajaan UMNO/BN yang sentiasa memperbodohkan lu semua. Bangkit mahasiswa...tumbang kerajaan kalau lu semua tidak mahu menjadi mangsa rakus, kebodohan dan sehinggalah dipijak-pijak hingga ke usus lu semua. sekian...pilihlah Pakatan Rakyat untuk kerajaan baru malaysia, Janji PR untuk membela nasib lu semua dan hutang PTPTN LU SEMUA AKAN DIHAPUSKAN SERTA MERTA. Kerajaan UMNO/BN sudah ketiadaan wang untuk membayar gaji kepada kakitangan kerajaan lalu terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat yang tidak berkemampuan, malah hutang negara semakin meningkat dan juga negara akan menuju ke arah kebankrapan selagi perasuan\h/penyamun memerintah negara kita. Kerana budaya kerja UMNO/BN telah membarah dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme walaupun telah ditegur oleh Ketua Audit Negara tahun-tahun.

 Disebabkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan pusat juga memberi kesan terhadap syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan yang mana 19 daripada 47 syarikat mengalami kerugian pada tahun 2009. Ini nasihat azrinren kepada lu semua, azrinren tak hipokrikkkkkk.....Cuma janga terpengaruh tohmahan yang sia-sia dari blogger UMNO kususnya papagomo yang 3 kali kantoi dengan azrinren. Assalamualaikum w.b.t...

psst...Lu pikirlah sendiri...ala-ala nabil raja lawak gitu....


Baca Berita Penuh ..

Husam Sahkan Parlimen Bubar Minggu Depan!


Dug Dag Dug Dag.....Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan..

Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..

Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..

Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.

Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.

Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..

Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata “Kami Sudah Sedia!!!”

Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya..

**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,

Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03

MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat,” katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.

Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.

“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.

“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.

“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).

“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.
psst...Suda bersiap sedia???

Baca Berita Penuh ..

Sunday 29 January 2012

Ceramah Ustaz Azhar Yang Penuh Keberkatan.


Subhanaallah kuliah Ustaz Azhar Idrus(Original) benarlah kata kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!

Alhamdulillah semoga Agama islam terus bersinar dan kembali menjadi Agama untuk manusia berubah dan kembali ke arah kedamaian dan kemakmuran, Semoga kembalilah kita kepada islam agar kita tidak menjadi manusia yang tidak mementingkan diri, Manusia yang tidak merosakankan sesamat umat yang sering kali memfitnah para-para sahabat yang ingin berbuat kebaikkan walaupun para sahabat kita tidak bersetuju dengan tindakan kita. Kususnya memfitnah seseorang itu melakukan moral seks tanpa bukti yang jelas. 

Daripada kita menonton AJL yang penuh melalai tu lebih baik kita menonton ceramah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini. Alangkah lebih baiknya kita menjadi manusia yang sering berhadapan dengan Allah s.w.t dan mencari ilmunya untuk menjadi manusia yang jujur, amanah dan manusia yang ada sifat nilai-nilai murni antara sesama manusia agar kita terus manjadi orang-orang yang diberkati oleh Allah s.w.. 

Ambillah kebangkitan Islam di mesir, Ambillah iktibar kebangkitan Islam di dunia-dunia arab dan seterusnya ke syria, Dimana kita lihat rakyat-rakyat syria sudah mula bangkit dari tidur menjadi umat yang berani menentang kerajaan zalim pimpinan bashar yang lebih mengutaman Syiah dan memberi muka kepada yahudi israel, Syiah adalah banyak membawa kesesatan dan adalah antara agama islam syiah yang menentang ajaran nabi muhammad dan tidak bersutuju suruhan nabi muhammad.

 Sebab itulah kita harus belajar untuk mengelak mempercayai sandiwara yang di mainkan oleh puak-puak syiah ini, Contohnya negara iran yang dipimpin berlandaskan syiah islam yang banyak bersandiwara kononya nak berperang dengan israel dan amerika. tetapi hakikatnya mereka di belakang kita adalah sahabat amerika dan israel dan iran juga pernah bersekongkol amerika untuk menakluk iraq pada mac 2003.

Sebab itulah kita harus mencari Islam yang benar-benar mengutamnkan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t supaya islam tidak lagi di permainkan oleh kaum-kaum yang sering membawa binasa kepada kita semua.

Kembali kepada pasal sikap Ustaz Azhar Idrus ni, Yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…malah pasal rock pun dia juga tahu. 


Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar ceramah@kuliah Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di masjid negeri shah alam@sultan Salahuddin Abdul Aziz shah pada 29 januari 2012 dengan di hadiri puluhan ribu orang ramai.

Anggaran ada yang cakap lebih 30 ribu ada juga yang cakap lebih 50 ribu orang yang menghadiri ke ceramah tersebut, azrinren tidak berani menyatakan kerana azrinren tidak berada di tempat ceramah tersebut cuma sahabat azrinren yang berada di sana yang memberi maklumat, Azrinren cumalah menonton secara live streaming kuliah ustaz azhar idrus ni dari rumah sahaja.

Untuk lebih gambar, layari terus ke laman rasmi Ustaz Azgar Idrus di http//www.ustazazhar.net dan juga gambar suasana selepas kuliah Ustaz Azhar Idrusi di Facebook Ustaz Azhar Idrus(Original)


psst....Tak habis-habis dengan hiburan...sebab tu mudah sangat kena kencing oleh penzalim...sudah-sudahlah..kembalilah ke pangkal islam, jangan dok bantu syaitan untuk menjahanam umat Allah s.w.t yer..jangan dok utamakan sistem freemason.

Baca Berita Penuh ..

Ugut Nak Sembelih Tok Guru Nik Aziz

Gambar print screen ni gua ambil kat forum tranungkite.net, print screen fb ini memaparkan ugutan oleh puak pencacai umno nak sembelih tok guru nik aziz dan anwar, ia harus di ambil tindakan. takkan mengugut pakjib ja yang harus di ambil tindakan. ugutan terhadap nik aziz dan anwar harus di ambil tindakan juga dengan adil seadilnya.


psst....Puak munafiq sika menghina ulama dan memfitnah manusia sesama manusia

Baca Berita Penuh ..

Saturday 28 January 2012

Video Sex 2 : UMNO kantoi lagi


VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.

Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.

Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.

Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].





Malangnya, belum sempat video jijik itu didedahkan, kebodohan video tersebut awal-awal lagi sudah terbongkar. Ini kerana pada 13 Jan 2011 Anwar berada di Ibu Pejabat Parti Islam se Malaysia, PAS.

Lihat laporan berita di bawah. Laporan bertarikh 13 Jan 2011, wartawan melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Lihat juga kenyataan "dekat sini, hari ini". Ini bermakna wartawan tersebut berada di tempat kejadian mendengar kenyataan Anwar pada tarikh tersebut [Harakahdaily].

Teringat kes liwat 1998, pada tarikh Anwar didakwa meliwat Azizan, hotel tempat Azizan diliwat itu belum lagi wujud kah kah kah bodoh betul!


 psst...Anwar Pi Turky Dikatakan pi Israel. mcm tu lah lebih kurangnya...

Baca Berita Penuh ..

Anwar : Gencatan Senjata Bukan Pertahan Keselamatan Israel.


"Isu Palestin: Media kawalan Umno putar belit kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25972

Ps : Anwar tidak ego untuk mengungkap kenyataan menteri luar dr umnobn ketika menyatakan prinsipnya. yang baik disokong, yang zalim ditentang... tiada dendam peribadi walaupun beliau diketahui diperlakukan secara zalim selama ini.

Freemason..Isyarat yang disukai yahudi.....

Agen @ [Jgn la mencarut] umnobn yg menyebar fitnah dan propaganda murahan di tko ni agar melemahkan semangat pakatan rakyat patut sedar UNTUK APA mereka berjuang? utk perut mereka hingga sanggup menggadai maruah dan masa depan anak2, bangsa dan agama mereka? fitnah la lagi...sehingga anda sedar bahawa ada kalanya Allah akan mengazab pesalah di dunia lagi sebagai pengajaran kpd yg lain.

(Isyarat Freemason) Yahudi Berjaya manakluk dunia hasil pembelaan freemasonnya...

psst...Mendulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih..ptuihhhh kat UMNO!!!

Baca Berita Penuh ..

BR1M : Tidak Ramai Orang Cina Memohon Kerana Bimbang ‘Manipulasi’



Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

“Pemimpin Umno cuba mengulangi ‘skrip’ sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

“apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

“Masyarakat Cina mesti ingat, walaupun pelbagai program yang dibuat termasuk sambutan tahun baru secara besar-besaran dibuat, sebenarnya Umno cuba memancing undi untuk mengekalkan kuasanya,”jelasnya.

Menyentuh soal bantuan rakyat 1Malasia seanyak RM500 yang digembar gemburkan oleh pemimpin Umno masakini, beliau mendakwa tidak ramai orang Cina yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau bekata, majoriti orang Cina yang berniaga bimbang permohonan melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri itu akan dimanipulasi.

Namun begitu beliau berkata, tidak salah kepada orang yang benar-benar susah dan memerlukan untuk megambil bantuan tersebut kerana ia bukanlah wang MCA atau wang Umno.

Bahkan, katanya, rakyat berhak kerana wang tersebut adalah hasil kutipan cukai dari seluruh rakyat Malaysia.

psst....Kesiannnn UMNO, bertungkus lumus merangkak nakkan undi kaum cina.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat