Labels

Showing posts with label mkv. Show all posts
Showing posts with label mkv. Show all posts

Tuesday 29 October 2013

HEBOH....Harga Gula Di Thailand Hanya RM2.10


Menurut sumber di khabarkan negara Thailand yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi kepada gula harga runcit dipasaran negara tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong,pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib Razak, menjualnya kepada rakyat dengan harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih ..... Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya?????

Adakah negara kita mengimport gula dengan membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan harga RM2.84 sen sekilo??????

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan gula dari negara Thailand masuk kenegara kita?

Perlunya pihak berwajib dan Kerajaan UMNO 1M'sia memberikan jawapan demi pencerahan.




Baca Berita Penuh ..

Thursday 3 February 2011

Revolusi : - Sumpahan Rakyat Terhadap Hosni Mubarak Murtabak

Mesra : Bekas PM Israel Ehud Olmert Bersama Hosni Mubarak 

APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi. 

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu. 

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan. 

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak. 

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat. 

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. 

LEBIH 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan antara demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu. 

Produk tentera udara 

Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. 

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom. 

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara. 

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak. 

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun. 

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat