Labels

Showing posts with label shahrizat. Show all posts
Showing posts with label shahrizat. Show all posts

Saturday 30 March 2013

PENGANALISIS : Negeri Selangor Yang Terpanas Dan Dianggap Permata Oleh UmnoBN


Sambil menggariskan alasan tersendiri, penganalisis-penganalisis turut mengakui Selangor adalah negeri 'paling panas' dan akan menjadi kayu ukur kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, memandangkan di Selangor mempunyai jumlah paling ramai pengundi pertengahan, ia akan menjadi penentu BN dan PR untuk masing-masing merampas atau mengekalkan kedudukan. 

Menurutnya, arah aliran sokongan di Selangor akan memberi kesan kepada negeri-negeri lain yang diterajui PR terutamanya Kedah. 

Beliau juga berkata, Selangor menjadi kayu pengukur dan akan melibatkan persaingan sengit kedua-dua parti politik utama negara yang menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi negeri tersebut. 

"... Selangor adalah petunjuk kepada PR dan BN pada PRU13. 

"Persaingan sengit untuk merebut dan mempertahankan Selangor oleh kedua-dua parti juga akan berlaku dengan menggunakan pelbagai pendekatan. 

"Negeri ini juga adalah negeri yang boleh dianggap sebagai permata, dan menjadi tunjang untuk menilai pengundi yang mula berubah kepada sesuatu pihak," katanya kepada Sinar Harian Online. 

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui Selangor menjadi negeri 'paling panas' pada PRU13. 

Abdul Aziz berkata, Selangor juga akan menjadi negeri 'paling panas' berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini. 

Mengulas lanjut, Azmi juga berkata, jika BN berjaya merampas semula negeri 'paling panas' itu, ia akan memberi impak yang besar kepada parti komponen kerajaan pada pilihan raya umum kali ini. 

Dalam pada itu, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut berpendapat Selangor menjadi negeri 'paling panas' ekoran wujud 
persaingan sengit antara PR dan BN. 

Katanya, persaingan sengit ini berlaku di antara dua parti politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat supaya terus mengekalkan kerajaan pemerintah atau memilih yang lain. 

Bagaimanapun, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya juga turut terlibat secara langsung untuk memastikan semuanya berjalan lancar terutama dari segi keselamatan. 

"Barangkali pertembungan sengit akan berlaku antara BN dan PR. 

"Masing-masing mahu mempertahankan dan membuktikan mereka berjaya menang di negeri itu. 

"SPR dilihat akan terlibat sepenuhnya dan memantau serta berusaha untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

#Ketua wanita Umno tubuh pasukan anti-huru-hara yang kononnya PR nak buat huru-hara untuk menakutkan rakyat keluar mengundi, bengong betul shahrizat lembu ni, kalau PR nak buat mamcam tu, macam mana PR nak menang pru13 nanti? bahlol menteri ni, mesti golognan tak cerdik macam madey kata tu.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat