Labels

Showing posts with label tun faisal. Show all posts
Showing posts with label tun faisal. Show all posts

Thursday 19 January 2012

'Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari'

Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut-ikut dengan orang lain.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi.

Katanya, Unit Media Baru Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana.

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter.

Azrin Ren : Tun faisal, nak kawal mereka bukanya susah. merekakan taik $$$, guna sahaja $$$ untuk kawal mereka. Tun faisal harus tahu. banyak-banyak blog yang suka menjaga tepi kain orang, aibkan orang lain, serang peribadi orang lain adalah dari blogger-blogger UMNO. itu sahaja modal cubaan mereka untuk menarik sokongan rakyat, tetapi hakikatnya modal itu jauh sekali sebagai modal yang berjaya. sebab rakyat bukan lembu dan rakyat tak pandang hal peribadi orang, rakyat hanya mahu tahu maklumat salah guna kuasa oleh kerajaan UMNO. seperti rasuah, melanggar peraturan perlembagaan, menyekat kebebasan bersuara, mengawal media, mengiktiraf fitnah sebagai senjata untuk menyerang musuh politik mereka...sekian..

psst...Jangan suka bukak aib orang, akhirat nanti Allah s.w.t akan bukak aib kita pulak.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat