Labels

Saturday 25 December 2010

Sistem 1Malaysia : - Sistem saman ekor bakal diswastakan



BloggerzExpress : - Tidak mustahil suatu hari nanti SPR, SPRM, PDRM, Kementerian Pendidikan, JKR, dan lain-lain lagi akan di swastakan. Malaysia pun akan diswastakan jadi Malaysia Sdn. Bhd...Tidak semua masalah dapat diselesaikan melalui penswastaan..dari sudut lain penswastaan menggambarkan betapa malasnya pemimpin berkhidmat kepada rakyat.maklumlah setiap perbuatan nak tuntut ganjaran material tapi masa kempen bukan main lagi kata nak berkhidmat dengan ikhlas,jujur dan rakyat untuk rakyat'...poodahh..

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.jib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini. 

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.


Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

jib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI". 

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.
 



Blog Pakatan Rakyat