Labels

Thursday 12 January 2012

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG


Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat belum diputuskan lagi.

Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

Hari ini, Mohd Yusof  juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan Anwar.

"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan rayuan dibuat," katanya.

"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan  dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.

psst....Awat pulak???

Blog Pakatan Rakyat