Labels

Saturday 8 January 2011

Khutbah Isu Sosial : - Imam Dibawa Ke Balai Polis..


 psst : - Mesti mamat yang buat report tu dah plan nak togok air kencing setan dengan buat anak malam tu....tu yang marah sangat tu bila kena tegur....huhuhu....ish depa ni pantang bagi nasihat suruh buat baik ja 
kena tahan...suruh hindar rasuah ja kena tahan...lain kali masa khutbah cakap POLITK WANG baru halal ...hHAhaHAhahHA, orang yg buat report tu adalah orang yg bodoh sombong.. kalau kat kelate dinamakan bodo k'etok... jenis tak takut bala ALLAH SWT...


Kota Bharu:
Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.
Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Mohammad Rosadi Awang, 50, petang 3 Januari lalu dibawa ke Ibu Pejabat Oolis Kota Bharuekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut. 

Katanya sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.
"Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundang gejala sosial. 

"Sepatutnya anggota Polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku dan bukan melancarkan program hiburan dijalankan" katanya di sini.
Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataanya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikanya.
Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang di sampai.
"Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang dan membawa saya ke balai untuk diambil kenyataan" ujarnya. 

Bagaimana pun kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.
Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala ssosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar. 


"Namun, kerana tidak faham agama, mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah" katanya.
Penduduk Gong Dermin turut mempertikaikan tindakan polis membawa imam berkenaan dengan kenderaan polis sehingga boleh menimbulkan pelbagao persepsi buruk orang ramai.
Sahibul Anuar Mohammad Amin, 50, berkata, tindakan itu seolah-olah membayangkan imam berkenaan telah melakukan kesalahan besar sedangkan khutbah yang disampaikan tidak mengandungi unsur hasutan.
"Apa yang saya faham khutbah itu banyak berkisar kepada nasihat, amal makruf nahi mungkar" katanya ketika ditemui, disini. 

Rakan nya Zawawi Idris, 65, berkata polis sepatutnya menunjukan sikap rasional bagi mengelak sebarang persepsi buruk terhadap seorang imam. 

Kata beliau, polis boleh meminta imam datang ke balai polis meminta imam datang ke balai polis tanpa perlu membawanya menaiki kenderaan polis sehingga memperlihatkan beliau bersalah.
Ahli Jawatankuasa Masjid Gong Dermin, Mohd Nor Jusoh, 74, meminta polis juga menyiasat orang yang membuat laporan kerana didakwanya menyimpang dari isi khutbah. "Polis sepatutnya siasat orang yang buat fitnah" katanya

Blog Pakatan Rakyat