Labels

Sunday 9 January 2011

JPJ : - Semua jalan...


 psst : - org2 kg memang banyak guna motor yg takde rotax...pasni takdak harapan nak lari masuk kebun kalau kena kejor JPJ...saman tetap saman...err...kerajaan umno dah sengket duit ka..heheh...

 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lepas.

 
 meh tenangkan fikiran..heheh....

Blog Pakatan Rakyat