Labels

Monday 10 January 2011

Fitnah : - DSAI Saman Saiful Pada 25 April


 Syok dengan andaian sendiri je tu. Nak sedapkan hati je. Kenyataan yang tidak boleh disangkal sambutan terhadap DSAI di mana-mana jua tetap solid walaupun kes fitnah liwat dilemparkan kepadanya.

Untuk meraih sokongan Melayu umno hanya bermodalkan punggung Sialful. Itu sahaja yang ada. modal ini semakin hari semakin tidak laku. saluran penyebarannya Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV tiga suku semakin dipinggirkan.


 Kongsi Saman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk sebutan pada 25 April depan.

Saman itu difailkan terhadap Saiful kerana didakwa berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadap Anwar, kononnya diliwat bekas majikannya itu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anisah Normah Muhamman Nor menetapkan tarikh sebutan itu sementara menunggu perbicaraan kes yang dihadapi Anwar di mahkamah Tinggi Jenayah selesai. Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 21 Januari ini untuk menyambung bicara Anwar.

Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.



Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.

Anwar mendakwa hasil daripada laporan polis itu menyebabkan maruah beliau tercemar, menanggung penderitaan dan aib.

Blog Pakatan Rakyat