Labels

Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Sunday 8 January 2012

Komen Dari Keluarga Bakal PM Ke 7....


Pencacai-pencacai umno confirm bengang sebab aku taruk tajuk entry ''Komen Dari Keluar Bakal PM Ke 7''
Napa mung bengang ni? tonton sudah ler...Kalau pakcik anwar jadi PM dia nek sumbat madey dan pakjib masuk dalam bukan lu olang...:D

Baca Berita Penuh ..

Hassan Ali Dipecat.....


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Komen Azrin Ren : Memang patut pun. Dia ni lebih kurang macam musuh didalam selimut yg dok manganggu para-para jemaah yg nak menetang penzalim rakyat dan penghancur negara, Mamat ni sebelum ni nak bercadang untuk bergabung dengan UMNO. Hey lu mamat. lu talak ingat ka? dulu tahun 1969 lepas pru, PAS menang besar kemudian UMNO pelawa PAS masuk dalam perikatan seperti BN. Pelawaan itu sebab PAS adalah parti terkuat semasa itu. Kemudian parti lu ditendang daripada perikatan selepas kekuatan UMNO kembali. Lu tengok betapa alpanya umno yg terus lupa diri apabila senang. Susah cari kawan senang talak cari kawan..Takan lu tak ingat wahai hassan ali?? macam ini olang ad ka, Memang susahlah nak kalahkan yahudi kalau ini macam olang terus wujud...

psst...Selamat Tinggal Hassan Ali....

Baca Berita Penuh ..

Saturday 7 January 2012

Sebelum Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Pkajib Dah Lari.....


Menjelang keputusan mahkamah esok Jan 09, 2012 terhadap DSAI, Najib siang-siang sudah terbang ke Afrika Selatan untuk menghadiri sambutan ke100 ANC. Penting sangat ke ANC kepada kerajaan Malaysia atau sengaja tidak mahu melihat kebangkitan rakyat..??
Najib PM takut bini tuu...takdak apa yg boleh diharapkan sangatt!!. Tengok semalam semasa dia naik BELON.. jalan mcm org senak perut.. KAKI dah kebas sampai ke PAHA!!

Ni mesti ikut jejak mahathir dulu la....pi luar negara suruh timbalan bunuh orang kg memali... la ni najib lak buat.... yg nak pi perhimpunan tu... berhati- hati lah dan pandang siapa disebelah anda... nampak pelik sikit .. pukui ramai ramai jangan tunggu taik!!...

Taktik yang dah BASI...

 Kalau jadinya Havoc... Muyiddin yang jadi mangsa... Nasihatku untuk Muyiddin..Jangan jadi bodooh... Jangan nak tunjuk Hero.. Jangan nak jadi Pandai terlebih... 

 Najib punya arahan...nak letak dibahu Muyiddin... 

 Semasa ketiadaan Najib, Lu berkuasa untuk jatuhkan Image Najib...Teruskan agendaMu menikam Najib dari Dalam...
Kalau tidak, kamu yang akan tertikam... Jadilah seperti Black Moses yang terpaksa resign menerima tanggung-jawab ke atas isu Memali akibat angkara Mamak Kutty(Mahathir)...

DAN tidak lupa, cara Bapak Najib menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.. 

Cetuskan 13Mei, Tunku pun Resign..

DAN Bapak dia naik Takhta dan Berkuasa..

 AkhirNya Bapak dia juga tergelunsur di tangan Datuk Harus Idris dan meninggalkan Najib sekeluarga dan kita semua... 

 Begitu jugak cara Mahathir menjatuhkan Tun Hussien Bapak kepada Hisap Tok Muyiddin... 

 Diupahnya Suleiman Palestine bertanding Pengerusi UMNO...Tun Hussien pun malu ditandingi Kucing Kurap dan Resign... 

 Dulu, Kini dan SelamaNya UMNO jatuh-menjatuhkan.... 

 KULI dan Black Moses pun pernah bertanding Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.. AkhirNya UMNO asal terBubar....DAN Mengizinkan Tun Lee Leong Sik memangku Jawatan Memanda Menteri seketika.... 

 Dibubarkan oleh Mamak Kutty(Mahathir) 

Kehh..kehh..kehh..

 Nyet....nyett...nyettt

psst....Lariii jangan tak lariii....

Baca Berita Penuh ..

Friday 6 January 2012

Polis Mungkir Janji!! : 901...Ada Syarat Tambahan...

''Bercakap jujurlah ngok oiii''

POLIS MUNGKIR JANJI!! Syarat tambahan dari polis atau UMNO..Tak sampai 24 jam selepas pertemuan antara pemimpin PKR dengan pihak polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempersetujui dan membenarkan himpunan Bebaskan Anwar 901 diadakan di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, rupanya polis sudah mungkir janji!

Naib Presiden PKR, N Surendran yaang turut menghadiri pertemuan pagi tadi dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi menyatakan bahawa:

@nsurendrann Police broke their word by imposing 10 conditions tonite on 901 rally- not agreed by us

@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)

Antara 10 syarat yang ditetapkan polis dalam kenyataan mereka sebentar tadi melalui laman Facebook PDRM pada jam 6:58 petang tadi adalah:

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Kesemua 10 syarat yang ditetapkan TIDAK SAMA SEKALI DIRUNDING dengan Pakatan Rakyat dan PKR selaku penganjur perhimpunan!

Nampaknya polis cuba bermain kasar dengan mengenakan syarat yang keterlaluan dan tak masuk akal.

Apa pandangan anda?

Wajarkah kita katakan polis lidah bercabang kuat menipu macam tuannya UmnoBn??

psst....Jangan Gentar!!! Abaikan apa yg depa suruh....depa Polis Umno Bukan Polis Rakyat!!!




Baca Berita Penuh ..

Tuesday 27 December 2011

Takut Ker?? : - Katak bagi amaran tentang 9 januari 2012!!!



PERKASA memandang serius berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar diumumkan pada 9 Januari depan.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali mendakwa "ada pihak yang mahu membuat huru-hara" pada hari tersebut.

"Ini kerja menghasut, menghina sistem kehakiman negara dan menodai serta mencabuli keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

Revolusi atau Reformasi, itu hak rakyat yg mahukan keadilan untuk dato seri Anwar Ibrahim. Kami bukan menghina istitusi kehakiman tetapi kami mahu kehakiman menghormati system demokrasi yg lebih adil. Atas sebab-sebab ketidakadilan istitusi mahkamah Malaysia, siapa lagi yg mampu membawa keadilan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim yg dibicara tanpa sebarang keadilan dan mencurigakan.

Revolusi Atau Reformasi, rakyat sahaja yg mampu menghakimi kerajaan UMNO-BN yg benar-benar mengawal system undang-undang dan istitusi kehakiman Negara ke arah terjerumus kerosakkan. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap istitusi kehakiman dan mahkamah Malaysia atas-atas sebab istitusi itu telah dirosakkan oleh penzalim Negara yg tamak kuasa dan takut akan kebenaran.

Undang-undang dan istitusi kehakiman Negara sudah rosak semenjak ‘’UMNO BARU’’ ditubuh oleh Mahathir selepas ‘’UMNO ORIGINAL’’ terdahulu diharamkan. Tujuan penubuhan ‘’UMNO BARU’’ adalah keingin Mahathir yg mahu memimpin ‘’UMNO BARU’’ untuk menguasai parti dan Negara. Setelah Mahathir berkuasa, semua kuasa raja-raja melayu dihapuskan dan perlembagaan Negara digodam termajuk juga undang-undang dituju kepada musuh UMNO yg ingin membawa Malaysia ke arah demokrasi.

Tanpa keadilan, Malaysia kian hancur diranap oleh sang penguasa UMNO-BN. Oleh sebab itu mahasiswa dan rakyat harus bangkit dari kemunduran harus keluar dari tempurung dan harus lompat dari pagar untuk menolak pemimpin-pemimpin yg sudah lebih 50 tahun perbodohkan rakyat. Dimana kemajuan yg kita capai selama lebih 50 tahun UMNO-BN memerintah? Apa yg kita lihat pada masa sekarang, rakyat ditekan arus kesempitan hidup, tekanan ekonomi, kehilangan hak-hak yg batil.  Yg kaya, Hanyalah kroni-kroni  UMNO-BN kaya raya termasuk kaum-kaum kerabat mereka
. Semuanya itu adalah hasil dari hak rakyat yg telah disamun oleh pemimpin-pemimpin yg korup UMNO-BN.  Tanpa memikir rakyat yg kurang berkemampuan dan miskin terus miskin yg kaya terus kaya, yg kaya terus kaya adalah kaum kerabat dari pemimpin-pemimpin yg rosak ahklaknya.

UMNO-BN hanya mampu boleh perbodohkan rakyat yg pernah mengharungi zaman mesin taip, tetapi UMNO-BN tidak mampu memperbodohkan rakyat generasi ICT masakini. Yg ada hanyalah segelintir antaranya yg sudah kaya raya dan mementingkan diri tanpa memikir org-org yg tidak berkemampuan.  Islam tidak mengajar kita menjadi manusia yg pentingkan diri dan memikir duniawi semata-mata.

MARI KITA LIHAT SEBAHAGIAN PENYELEWENGAN KERAJAAN UMNO-BN lebih 50 tahun memerintah Malaysia.
 MARA:_
Ketuhar RM1,200 , harga pasaran RM419/unit.
Katil lipat RM500, harga pasaran RM100/unit
Mesin gunting rambut RM250,harga pasaran RM79/unit

JABATAN LAUT
Teropong malam RM1,940 dan RM2,827 setiap satu. Dibeli dengan harga RM56,350/unit.
Komputer acer aspire 3935/pencetak, RM11,845  harga pasaran 3,428.

Dengan ini azrin ren mensarankan kepada rakyat sekalian bacalah AKHBAR HARAKAH DAN AKHBAR SUARA KEADILAN UNTUK DAPAT MAKLUMAT YANG TERPERINCI DAN  JELAS TENTANG PENYELEWENGAN YANG AMAT PARAH DILAKUKAN KERAJAAN UMNO-BN.

nota;- bacalah akhbar harakah keluaran Bil 1685 dan suara keadilan bil 38 yang telah berada dipasaran.
Perihal Bag tangan Rosmah Mansor.

Rosmah telah tayang dan membawa kemana mana seluruh pelusuk Malaysia dan dunia tentang BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN.

Rosmah mempunyai 11 biji bag tangan bernilai antara RM28,000 HINGGA RM472,000 SETIAP SATU.
Semua menteri dan tinbalan menteri dan akhbar utusan malaysia, berita harian, tv3, dan rtm serta berita astro TIDAK BERANI MEMBUKA MULUT DAN BERTANYA KEPADA ROSMAH MANSOR DAN NAJIB RAZAK.

FIKIR FIKIRLAH SENDIRI, BETAPA JAHATNYA PEMIMPIN YANG BERNAMA UMNO-BN.
UMNO-BN TIPU RAKYAT MISKIN, RAKYAT KAYA DAN RAKYAT BIASA.
MEMANG DASAR UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA TIPU,RASUAH, ADALaH MAKAN HARIANNYA.

Sedarlah dan insaflah rakyat Malaysia, Jangan biarkan perompak,penipu ,pengkhianat bangsa dan tanah air yang bernama UMNO-BN berkuasa semula PRU13 .

Ayuh kita edarkan laporan ketua audit negara tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO/BN. AKU CUKUP MELUAT DAN JIJIK WAJAH WAJAH PEMIMPIN UMNO MAHU PUN YANG ADA KELULIUSAN UGAMA SEMUANYA PENGKHIANAT DAN PENIPU.

Psst….Najib Razak takut kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pengaruh kuat didalam sektor kerajaan dan didalam umno sendiri. Kenapa Najib Razak takut disabotaj oleh ahli-ahli sendiri? Lihatlah..Najib Razak sendiri pun menasihat ahlinya jangan menjadi pengkhianat pada pru13 ni sewaktu perhimpunan UMNO-BN berlangsung…keh keh keh…Najib Razak hanya berani dibelakang papagomo..


   

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat