Labels

Wednesday 7 September 2011

Melayu Pertahan Siapa Ek?


 psst : - Orang kita ni. bila kita tak nak buat apa yg menyebabkan bala dan musibah melanda depa. depa mulalah nak ngumpat org dan nak pulaukan org. nak membencikan org. menghasut org itu org ni. depa ni islam ka atau melayu? kalau benda2 kemaksiatan depa cukup suka dan terus menyokong. tak lah pulak nak pulau memulau. sebab itu lah pemikiran org melayu selalunya dijajah oleh hawa nafsu setan. sampai bila-bila pun confirm lagu tu. org mcm tu kah boleh ikut jejak cara Nabi kita? bagi saya tidak. cara mereka tu adalah sesuai ikut cata setan. ingat gua nak mengaku kalah ka cara pulau lu semua? gua dah makan asam garam bab pulau memulau ni. gua tetap lawan...lawan tetap lawan!!! lu semua angkat kaki pegi jalanlahh...ye la..mcm Rasul kita dulu..dipulau dituduh bukan2 demi untuk melakukan kebaikkan. mendela dikurung dan dipenjera demi untuk memperjuangan kebaikkan untuk rakyatnya yg ditindas penjajah, hang jebat yg ingin kebaikkan dituduh penderhaka, anwar ibrahim ingin kebaikkan rakyat membela bangsa memperbaiki semula sejarah negara dan sistem perlembagaan negara. dia dituduh meliwat, pengkhianat, agen yahudi/kristian dan pengganas, mat indera penjuang sebenar melayu bersama komunis untuk menghalau penjajah british..kini mat indera dilupakan..dituduh sebagai pengkhianat.. tetapi sayang. melayu semasa itu bersekongkol dengan penjajah. bersekongkol dengan british. adakah itu dipanggil pejuang sejati? bak pepatah kata2 org jahil..kalau tak buat jahat..hidup tak bebas tak cool...

Ini tiada kaitan dengan kenyataan pemimpin pakatan rakyat..memang sejak dahulu apabila membaca kisah Leftenan Adnan di Singapore saya sendiri berfikir; mengapa orang melayu berperang menentang Jepun? apakah Jepun memusuhi melayu atau memushi British dan cina? apakah itu agenda perjuangan melayu atau itu agenda British? Slogan Jepun Asia untuk orang Asia..Jepun tidak memusuhi melayu tetapi memusuhi British..juga memusuhi bangsa cina disebabkan persengketaan mereka. Jika Jepun berkuasa di Singapore dan Tanah Melayu, pasti British dan cina akan terusir dari Singapore dan Tanah Melayu..tapi orang melayu mempertahankan kubu British kerana orang melayu menjadi tentera British..sebelum kemerdekaan kita, polis dan tentera hakikatnya benteng British..maka, persoalan kita ialah apakah orang melayu yang berada dalam tentera British itu boleh juga dianggap pejuang tanahair, ataupun pejuang bangsa melayu atau hanya seorang anggota tentera British? Inilah persoalan yang sedang dinilai dan difikir untuk melihat isu ini..jika mereka boleh diiktiraf atas alasan tertentu, maka mereka patut disanjung sebagai pejuang tanahair..jika tidak, maka sebaliknya.

.jadi mulai sekarang mana yang harus lebih afdhal? melaung takbir atau melaung ''hidup melayu'..jom pakat-pakat korek sejarah yang digelapkan oleh melayu umno. selepas ini gambar-gambar pejuang sebenar akan terserlah. orang melayu masih buta sejarah mereka. ini semua kerja melayu umno. korek jangan tak korek. melayu umno kata umno sahaja pejuang kemerdekaan. 

 

Blog Pakatan Rakyat