Labels

Wednesday 25 January 2012

Polis Menahan 6 Orang Remaja


Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,
Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
 "Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disumbangkan oleh Encik Kumaran dalam YoutubeMalaysiakini.
Gambar-Gambar Samseng Paling Bahaya Di Dunia.

aryan brotherhood (america) 

mexican zoot ladies
mara salvatrucha 13 (los angeles) 

yakuza family (japan) 

la eme (mexico) 

the crips (african american)

the mungiki (kenyan)

la nuestra (mexican american)

bosozoku bikerz gang (japan) 

baharom si rempit (malaysia) 

panglima perang ludah (malaysia)

Kita sebagai rakyat malaysia patut bangga kerana negara kita juga mempunyai gengster samseng tersendiri.

psst....Samseng Katak Kembung.....





Blog Pakatan Rakyat