Labels

Monday 11 March 2013

MB Selangor : Dasar Penswastaan Dr Mahathir Tidak Tolong Melayu



Dasar penswastaan di zaman Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membela orang Melayu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 Malah katanya, hanya beberapa peratus sahaja kekayaan dan saham di dalam pelbagai projek penswastaan yang sampai ke tangan golongan Melayu.
“Beliau (Mahathir) dulu laksanakan Dasar Ekonomi Baru, tapi yang dapat bukan orang Melayu,” kata Abdul Khalid ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir beberapa hari lalu.

Dr Mahathir berkata Selangor perlu diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di Selangor dan kedudukan Islam kekal sebagai agama rasmi negara.
 Mahathir sebelum ini berkata PR yang sudah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.

 Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Khalid berkata penggunaan masjid dan surau lebih rancak di bawah pentadbiran PR berbanding Umno-BN.
“Contohnya program malam Qiamullail, sekurang-kurangnya lima ribu rakyat hadir dalam satu masjid. Ini tidak berlaku zaman Mahathir.

“Begitu juga apabila terdapat perayaan di masjid, yang mana beribu-ribu orang akan hadir.
“Jadi dari segi umat Islam dan penggunaan rumah ibadat Islam sangat diterima rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di Hotel Blue Wave, di sini.

“Saya ingat beliau (Mahathir) tidak mengikuti perkembangan yang berlaku. Saya harap sangat beliau berhenti dalam usaha ini sebab beliau sudah melampaui masa kita perlukan beliau.

#Menguntungkan kroni dan kaum kerabat...

Blog Pakatan Rakyat