Labels

Showing posts with label apco umno. Show all posts
Showing posts with label apco umno. Show all posts

Tuesday 8 November 2011

Pasar Malam Lerr......


Pasar malam siapa tak tahu tempat membeli belah no 1 di Malaysia 
 Andai kita pergi disana macam2 yang bolih kita lihat 
 Singgah disana singgah disini bermacam2 benda yang bolih di beli 
 Ada yang kita bolih lihat terbukak sana terdedah sini rezki mata lah 
 Riuh nya bagai nak runtuh hujan dilanggit bunyi lagu penjual cd,vcd,haram 

 Manusia datang berduyun2 membeli barang konon murah lah 
 Ada yang tak peduli langsung dengan solat2 merika bila dengar azan 
 Lantaran teruna muda berkepit2 pak we mak we pusing2 dipasar malam 
 Apa nak jadi tak siapa nak ambil tahu maksiat dipasar malam 
 Mari lah kita sama menjaga maruah bila pergi di pasar malam

psst : - Sedih,meremang,sadis,bodoh,bangang,mangkuk hayun....tetapi...selagi dok sokong pahaman kebangsaan dan dok berkiblatkan justin bibier,benda2 ni tak akan setel sampai bila2 pun...sokong Islam,daulatkan Islam..yakinlah pada hukuman ketetapan Allah SWT...

Baca Berita Penuh ..

Saturday 22 October 2011

Binatang Penyayang VS Manusia Penzalim

Anjing Menolong Kawannya


Kucing kejutkan kawan yg telah mati


Budak 2 tahun dilanggar dan....

Baca Berita Penuh ..

Sunday 27 February 2011

Doraemon : - Tak Boleh Kata Apa-Apa Ker????

p/s : - bersiap sedia lah kawan kawan... penyelarasan harga minyak petrol pasti tiba selepas PRK nanti... Tungguuuuuuu !!! Kalau tak naik... bukan BN nama nyer.... 


PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95
Salhan K Ahmad
Feb 25, 11

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.

Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.

"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.

"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.

"Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan hanya mengawal harga RON95 yang ditetapkan dengan subsidi kerajaan.

"Kita akan pantau keadaan ini. Buat masa ini tidak ada langkah untuk kita menaikkan harga minyak RON95. RON97 diapung mengikut harga pasaran.

"(Bagi) RON95, harga yang ditetapkan kerajaan mengikut jumlah subsidi yang begitu besar.

"Kita peruntuk subsidi RM10.3 bilion dalam bajet tahun ini tapi kalau tidak ada perubahan harga, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara," katanya.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 5 February 2011

Doraemon : - Eh..Eh...Puak-Puak UmnoBongok Nih Dah Sedar Ker??

 
Gua amat-amat terkejut dengan tindakan dua orang budak puak-puak umnobongok ni mengeluarkan statement seperti di atas. Gua masih ingat lagi, dua orang budak puak-puak umnobongok ni adalah pembela penjilat tegar umnobongok yang sebelum ni sering kali menafikan akan kesalahan apa yang telah di lakukan oleh kerajaan umnobongok. 

Yok tengok print screen yang gua ambil ni. dua orang budak puak-puak umnobongok seolah-olah sudah sedar akan keborokkan-keborokkan pemerintahan ala-hosni mubarak yang bernama umnobongok ni.

Mereka sudah tahu kerajaan umnobonok adalah menggunakan sistem BN (Bini Najib) bukannya sistem untuk membantu rakyat. Nah sekarang mereka dah pun sedar akan GST yang dikenakan terhadap rakyat demi kepentingan kerajaan Bini Najib BN melalui firt of the lady Flom....hehehe..Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah akan kesedaran mereka. 

Semoga yang lain-lain tu akan terbuka dan menghapuskan sikap buta hati mereka...jangan asyik nak berseronok ja....kelak hangpa nanti akan menyesal...heheh....jangan sampai anak-anak hangpa dok tungging hangguk-hangguk tengok menara warisan 100 tinggkat yang tidak ada apa-apa makna pun. jangan jadi macam puak-puak felda.

psst : - Kepada PKR...lepaih ni jangan ambil calon yang pendatangnya dari umnobongok....takut nanti katak-katak akan menular yang membawa kesakitan hati terhadap rakyat jelata....opsss..ada lagi...artis seksi kata..jangan hanya menilai dengan pakaian...ini lah alasan kurang didikan agama dari mereka...hehehe...


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 2 February 2011

Revolusi Mesir : - Apa kesudahannya?

Wallahua’lam,

Itulah jawapan yang paling tepat. Namun, segalanya mungkin. Apa yang kita semua mahu adalah tiada lagi rusuhan, disamping bertukarnya pucuk pimpinan. Apa yang telah berlaku di Palestin dan Iraq, akhirnya rakyat sesama rakyat bertelagah. Di Mesir, bibit kearah itu, sudah tercetus, bila penyokong dan penentang Husni yang tak Mubarak itu dah bertempur. Nauzubillah. Isunya sekarang,

Masih ada manusia yang buta, entah kerana apa sehinggakan ‘ Husni yang sudah tidak Mubarak’  itu hendak dipertahankannya lagi. 

Dari satu sudut, itulah ujian buat sang manusia yang beriman. Adakalanya, orang mempersoalkan, mengapa sesama negara, sesama agama, sesama kaum hendak bertelagah? Sahabat-sahabat sekalian, apa nak hairan ! hatta orang Islam sekalipun, ianya adalah satu realiti kehidupan. Islam adalah agama yang benar. Tapi kedapatan sang manusia yang bernama Muslim telah mencorakkan Islam dengan acuannya sendiri.

Sebab itu, kedapatan manusia yang merasakan dia berada di dalam dilema. Bak kata pepatah

Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak

Apa susah, sokong je yang hak, tolak saja yang batil. Melainkan, ada sang manusia yang masih teringatkan periuk nasinya, hartanya dan dunianya

Sahabat-sahabat sekalian, yang benar telah jelas, barangsiapa menegakkan kebenaran, Allah akan meredhainya, sekalipun dipandang hina disisi manusia.

Justeru, krisis bumi kinanah, adalah pertembungan antara hak dengan yang batil. Sudah pasti yang hak akan memperolehi haknya suatu hari nanti, kalau tidak hari ini. Jawapan kepada kesudahannya , Sesungguhnya, kemenangan hampir tiba. Walau apapun berlaku, kiranya terkorban biarlah shahid hendaknya, kalau menang biarlah benar disisinya.


psst : - EL-BARADEI jugak pro-yahudi dan pro-barat sama macam hosni mubarak al murtabak hehehe...jangan lantik dia jadi pemimpin. nanti negara mesir dalam diam-diam akan menjadi sebahagian wilayah negara israel. EL-BARADEI tu anak didikan APCO yahudi macam UMNO. ''kami ingin pertahankan Islam!!! yahudi barat jangan ganggu agama kami!!! jangan bogel anak-nak kami!!! jangan bukak aurat anak-anak, artis-artis kami macam seperti di malaysia!!!jangan berbikini anak-anak dan artis-artis kami seperti kat malaysia!!! jangan sesatkan kami!!! APCO jangan ganggu kami!!! jangan jadikan anak-anak Islam kami kaki judi, kaki arak, kaki maksiat dan kaki fitnah sebagaimana yang telah berlaku sikap-sikap pemimpin yang tamak kuasa!!! APCO yahudi barat berambus kau dari muka bumi islam kami termasuk dari malaysia!!! jangan ajar umno jadi kaki kencing, kaki tembrang, kaki fitnah, kaki penyamun!!!''jangan perbanyak cerai berai pasangan Islam kami yang ingin membina umat Allah!!!''

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat