Labels

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Tuesday 15 November 2011

Kemajuan Pertahanan Indonesia


Indonesia buat jet pejuang


Indonesia buat kapal selam tahun 2012, Malaysia yg dok agung bahasa penjajah tu bagaimana?

Malaysia beli kereta perisai Indonesia RM266 Juta

Aduh, Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal

Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula

Hebatnya Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam

Indonesia mampu bina Landing Hovercraft tentera

Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?

Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?

psst : - Apa malaysia tau? kebas duit rakyat? jual enjin pesawat?

Baca Berita Penuh ..

Sunday 13 November 2011

TEORI BIG BANG Hanya Dongengan..!!


"Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian."

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2996 (Kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq, Bab hadis-hadis yang pelbagai).

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
[al-Hijr 15:26-28]

Asal kejadian haiwan dan tumbuhan pula ialah dari air..

"Tidakkah orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut, lalu Kami belahkan keduanya? Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air.Tidakkah mereka percaya?" [Al-Anbiya' : 30]

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [An-Nur : 45 ]

p/s: Teori Big bang hanya dongengan.. macam juga teori evolusi darwin.. ianya hanya hayalan sains yg tak berpijak di bumi nyata.. danbertujuan menyesatkan manusia..

psst : - Kalau dok puji snagat justin bieber tu..pi la jilat kaki dia ek...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 6 February 2011

Revolusi MESIR : - MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya


 Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.

Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.

Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.

Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 29 January 2011

Revolusi : - Titik Persamaan Tunisia-Malaysia

 
Kebangkitan rakyat Tunisia menumbangkan kerajaan korup dan zalim hampir pasti merebak ke Malaysia kerana ada persamaan ketara antara dua-dua negara itu, kata pemikir Islam moden, Ziauddin Sardar.

Bercakap pada sidang media, hari ini, beliau menamakan masalah kebebasan institusi kehakiman dan kebebasan media di Tunisia dan Malaysia, sebagai titik persamaan utama kedua-dua negara itu.

“Sekiranya institusi kehakiman dan dasar media di Malaysia bebas tanpa dipengaruhi pihak penguasa, saya bersetuju kebangkitan rakyat di Malaysia mampu berlaku.

“Lebih-lebih lagi negara ini diperintah oleh penguasa zalim dan terpalit dengan sistem rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Critical Islam  anjuran bersama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.
Ziauddin Sergar sehingga kini menghasilkan 45 buku termasuk ‘Kembali Ke Masa Depan; Syariat sebagai Metodologi Pemecahan Masalah’ terkenal terutama di negara Islam.

Beliau juga sering diundang dipelbagai program televisyen selain mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberjayaan pemikirannya berkaitan isu Islam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi IKD, Khalid Jaafar; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof, golongan intelek dan profesional dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Ziauddin berkata, istilah yang sesuai digunakan di Malaysia bukan revolusi tetapi transformasi kerana beberapa sistem di Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh terutama melibatkan media dan institusi kehakiman.

Beliau berkata, antara punca berlaku revolusi di Tunisia kerana rakyat negara itu tidak tahan dengan penindasan rakyat akibat kenaikan harga barang yang melampau, dan ia turut berlaku di Malaysia.

psst : - Kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang tidak akan merebak ke Malaysia kerana bangsa Melayu adalah penakut. Mereka lebih bimbangkan masa depan persekolahan anaknya dan bimbangkan beras di dalam bekas yang semakin sedikit dari bimbangkan kejahatan pemerintahan UMNO.
Bangsa Melayu akan tetap sokong UMNO walaupun UMNO parti perasuah!!!

Baca Berita Penuh ..

Thursday 27 January 2011

Saman : - Saman Ohhh Saman...

 
 Saman jelah...
banyak tu collection saman umi, dia akan di nobatkan anak dareer terkaya di benua asia selepas anak perempuan bill "gates keretapi"

Nak saman ke samun ni. Jaman dulu panggil samun , jaman sekarang dipanggilnya SAMAN ya dong...hak hak hak...!!!

psst : haiii...dunia..dunia..dunia.... 




Baca Berita Penuh ..

Monday 17 January 2011

DUN Tenang : - Normala Sudirman Calon Pakatan Rakyat PRK Tenang

 

 Puan Normala Sudirman seorang guru telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PAS) PRK DUN Tenang oleh Presiden PAS Tn Guru Hj Hadi Awang.

Normala Sudirman adalah Exco Dewan Muslimat Pas Pusat, Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan bekas guru yang baru sahaja meletakkan jawatan.

psst : -  umno pulak nanti letak Normala Samsudin...org tenang dan johor terjojol bijik matanya pulak..

Baca Berita Penuh ..

Saturday 13 November 2010

Mari Jadi Manusia Pencinta Alam Dan Sebagainya

Artikel ini lahir setelah mendapat feed back yg memberangsangkan dari beberapa orang  tentang kecintaan mereka kepada alam semulajadi.
warnailah artikel ini dengan keindahan alam ciptaan Allah dan jadikan lah artikel ini sebagai pemakin untuk kita memupuk semangat menghormati ,menjaga dan menyayangi ciptaan Tuhan.


mungkin dengan sedikit usaha bermula disini kita boleh mengubah tabiat buruk yg selama ini menjadi kebiasaan orang orang negara dunia ke3, saperti membuang sampah tak kira dimana-mana jua.
jom kita didik dan ajar anak anak kecil kita suapya mencintai alam semulajadi dengan menjaga kebersihan persekitaran dari pencemaran.
ingatlah setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama,dan disini lah permulaannya......

keindahan alam semula jadi mungkin akan hilang jika kita semua tidak menjaganya dengan baik.
bayangkan dengan keindahan alam semula jadi kita dapat hidup dengan lebih tenang dan ceria dan juga dapat menghidu udara yang segar dengan nyaman, ketenangan yang memberangsangkan sambil pula kita pekena minuman contohnya ali cafe, kacip fatimah, kopi, teh panas, dan lain-lain minuman yang terkenal di negara kita ini.

bukan sekadar manusia yang dapat menghidup alam semula jadi yang indah malah haiwan-hawain contohnya kucing dan lain-lain. jadi mari lah kita menjadi manusia yang amanah dan jujur untuk menjaga alam sekitar di muka bumi ini. ingat!! kerana tidak menjaga alam ia juga mempercepatkan prosesnya kiamat. ayuh..cintalah alam sekitar..berdoa lah kepada Allah agar persekitaran alam kita selamat dan dapat menjauhi dari segala bala bencana.



faktor cuaca pula kita haruslah menghargai dengan bijaksana dan yang terbaik..iyelah kadang-kadang mata kita kususnya lelaki terpandang perkara yang membawa keburukan dan wanita pula mendatang keburukannya pada diri sendiri. jadi fikir-fikirkan lah...
jadilah manusia yang murni, harmoni, sejahtera, amanah dan gemilang.




Zainal Abidin - Hijau



Sekadar Teladan

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat