Labels

Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Monday 25 October 2010

Najib macam yakin PR rampas Putrajaya !!!


Azrin Ren : 
saya harap pemimpin2 pakatan pandang serius ucapan anak tun razak ni. memang ya ,kemungkinan pakatan menang dlm pru 13 nanti tapi ingat!! mereka mana terima hakikat kekalahan mereka ni. takut mereka yg akan huruharakan negara , hasut cucuk ,gunakan raja2 kuasai anggota keselematan kusus tentera untuk lancar MAGERAN supaya pakatan gagal kuasai putrajaya ni.. ingat tak 13 mei, sapa punya keja.?

Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa 


KUALA LUMPUR, 23 Okt: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan. 

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat. 

Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN. 

Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini. 

"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan. 

"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. 

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa. 

Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi. 

"Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya. 

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. 

Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya. 

"Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya. 

Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini. 

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi. 

"Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. 

"KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya.

Baca Berita Penuh ..

Sunday 24 October 2010

Jangan takut gertakan Najib

BUTTERWORTH, 23 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.


"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.


Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.


Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.


"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara.  Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.


Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 20 October 2010

Fesyen islam cara UMNO

Fesyen islam gaya cara yang di iktiraf umno, memperdagangkan nama "Islam" sesuka hati. sejak zaman Najib & Rosmah ni rasa macam tidak kena ja, apa yang dibuat rasa macam ada sesuatu yang pelik & janggal. Sungguh sungguh menghina Islam....mana mufti harussani sana sini yang selalu cakap lebih tu??, Binatang-binatang ternakan ini fikir, mereka lebih faham Islam, lalu ingin mempromosi fesyen Islam kepada dunia...alangkah bodohnya.

Ini fesyen islam??..fensyen islam kepala hotak angpa!!!. angpalah yang merosakan anak muda islam dimalaysia ni. angpa lah yang meningkat kadar  maksiat dimalaysia ni. kerana angpa sendiri menghina islam dan megiktiraf fesyen cara islam cara jahilliah ni. cantik sungguh. dah jadi macam yahudi dah. sudah tentu puak-puak yahudi akan gelak ketawa dengan tindakan angpa ni. bagus-bagus..tahniah kak mah dan pak jib...!!!







Kalian boleh melihat lagi banyak gambar kat sini http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html

http://milosuam.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-festival-rosmah-hina.html

http://ohtidak.com/oh-islamic-fashion-festival/

psst : pak jib kan nak bantu US hilangkan Islamofhobia.....so ni la caranya pak jib buat supaya orang tak fobia dengan Islam...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat