Labels

Showing posts with label tawan putrajaya. Show all posts
Showing posts with label tawan putrajaya. Show all posts

Saturday 28 January 2012

Video Sex 2 : UMNO kantoi lagi


VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.

Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.

Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.

Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].





Malangnya, belum sempat video jijik itu didedahkan, kebodohan video tersebut awal-awal lagi sudah terbongkar. Ini kerana pada 13 Jan 2011 Anwar berada di Ibu Pejabat Parti Islam se Malaysia, PAS.

Lihat laporan berita di bawah. Laporan bertarikh 13 Jan 2011, wartawan melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Lihat juga kenyataan "dekat sini, hari ini". Ini bermakna wartawan tersebut berada di tempat kejadian mendengar kenyataan Anwar pada tarikh tersebut [Harakahdaily].

Teringat kes liwat 1998, pada tarikh Anwar didakwa meliwat Azizan, hotel tempat Azizan diliwat itu belum lagi wujud kah kah kah bodoh betul!


 psst...Anwar Pi Turky Dikatakan pi Israel. mcm tu lah lebih kurangnya...

Baca Berita Penuh ..

Friday 27 January 2012

Ceramah PR VS Ceramah UMNO Di Jalan Kebun


CERAMAH UMNO LWN PR DIJALAN KEBUN...TERNYATA JELAS CERAMAH ANJURAN UMNO JAUH MENDAPAT SAMBUTAN DAN CUKUP HEBAT.. CERAMAH PR KOSONG LENGANG DAN HAMBAR...NAMPAKNYA PENGARUH HASAN ALI AKIDAH CUKUP KUAT DISELANGOR!!!


BEGINILAH SUASANA DAN PERMANDANGAN CERAMAH ANJURAN UMNO....SAMBUTAN CUKUP HEBAT SEKALI....ORANG RAMAI TERPAKSA BERDIRI KERANA KERUSI HABIS SEMUA DIDUDUKI OLEH PENDUDUK TEMPATAN....SAMBUTAN MEMANG LUAR BIASA SEKALI....SAH RAKYAT MEMANG MAUKAN UMNO SAMPAI KIAMAT MEMERINTAH MALAYSIA...PRU13 NANTI... GERENTI SELANGOR JATUH SEMULA KETANGAN UMNO...

DIBAWAH INI ADALAH PERMANDANGAN CERAMAH DITEMPAT YANG BERHAMPIRAN TETAPI DIANJURKAN OLEH PAKATAN RAKYAT....NYATA SEKALI LANGSUNG TIADA ORANG YANG DATANG....NAMPAKNYA PEMECATAN HASAN ALI AKIDAH CUKUP MEMBERI KESAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PAS/PR....INI BELUM LAGI HASAN AKIDAH BUAT ROAD TOUR...KALAU DAH MULA NANTI... TAK BOLEH NAK DIBAYANGKAN....


Sumber Dari OmakKau!!!

AzrinRen : Nampaknya blogger-blogger UMNO kususnya papagomo harus mencari idea fitnah lain untuk berusaha perbodohkan rakyat sehingga ke akar umbi, kasihannn....kasihannn...ohhh...kasihan...nampaknya rakyat sudah tidak lagi percaya tohmahan yang mereka lakukan betimbun-timbun, mereka sudah gagal untuk menarik sokongan rakyat di selangor, nampaknya blogger-blogger UMNO haruslah pergi berjumpa APCO yahudi untuk mencari idea fitnah yang lebih bernas untuk mencapai kejayaan pedajalkan orang. sekian...bernas boleh jadi beras...kekeke...usaha tangga kejayaan...heheh...

psst....Papagomo al-fitnahi harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Thursday 26 January 2012

Ceramah Anwar Ibrahim : Lautan Manusia Di Sabak Bernam


Malam tadi telah diadakan ceramah Anwar dan juga beberapa pemimpin Pakatan yang lain di Stadium Mini Sabak Bernam..

Ramai rakyat yang hadir untuk mendapatkan maklumat dari Anwar sendiri...

Kehadiran korang tengok sendiri ler...




InsyaAllah, Parlimen Sabak Bernam Akan Dirampas PR. 


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 25 January 2012

Anak Dibawa Turun Ke Jalan Raya Kerana Yakin Peserta Bukan Perusuh!

"Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000." - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Berat hukumannya, gerun mendengarnya. Tujuannya tiada yang lain selain satu yang terlintas di hati. Menakutkan orang ramai untuk turun berdemonstrasi, tunjuk perasaan membantah kezaliman. Tidak mahu menunjukkan bahawa ramai yang berani turun berdemonstrasi menunjukkan rasa tidak puas hati, malah berani membawa anak-anak bersama bagi membuktikan bahawa perhimpunan yang bakal diikuti itu ialah sebuah perhimpunan aman.


"Itulah, lain kali jangan bawa anak. Kenapa bawa anak kecil ni!" Terjerit-jerit seorang lelaki di belakang memarahi kerana saya membawa bersama anak bongsu, Asiah yang ketika itu berumur tujuh tahun di tahun 2009. Saya langsung tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit memarahi saya.

Keadaan kecoh ketika itu dengan orang ramai berkejaran berlari menyelamatkan diri. Ramai yang terbatuk-batuk dan tersedak sambil terjerit-jerit dalam suasana yang kelam kabut akibat tembakan peluru gas pemedih mata bertubi-tubi kearah orang ramai yang berhimpun di perkarangan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, 6 Februari 2009



Saya langsung tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit memarahi saya.



Baca Berita Penuh ..

Polis Menahan 6 Orang Remaja


Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,
Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
 "Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disumbangkan oleh Encik Kumaran dalam YoutubeMalaysiakini.
Gambar-Gambar Samseng Paling Bahaya Di Dunia.

aryan brotherhood (america) 

mexican zoot ladies
mara salvatrucha 13 (los angeles) 

yakuza family (japan) 

la eme (mexico) 

the crips (african american)

the mungiki (kenyan)

la nuestra (mexican american)

bosozoku bikerz gang (japan) 

baharom si rempit (malaysia) 

panglima perang ludah (malaysia)

Kita sebagai rakyat malaysia patut bangga kerana negara kita juga mempunyai gengster samseng tersendiri.

psst....Samseng Katak Kembung.....





Baca Berita Penuh ..

Samseng Jalan Kebun Atau Budak Hingusan Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungiMalaysiakinitengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Rupa Samseng Jalan Kebun Terganasa Dan Digeruni
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu,Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

psst...Betl ker Ditahan??? Kang Kena Ugut Ngan Ah Jib Gor, Mamat Tu terus dibebaskan...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 24 January 2012

Zizan Sanggup Tolak 18,000 Demi Nak Bersama Ustaz Azhar

Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.

Inilah Gambar Budak Samseng Jalan Kebun Yang Dok Mengacau Ceramah ABU, Bukan Ceramah hindraf Yer Wahai Pencacai.


Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.

Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namunatas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.

psst...Kaum-Kaum india yang menyertai Ceramah Asal Bukan UMNO A.B.U dijalan kebun baru-baru ini di anggap membuat gangguan di kampung, puak-puak barua semseng UMNO yang cakap.



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat