Labels

Friday 21 March 2014

Fakta Tentang Sejarah Kesultanan Melaka Yang Kalian Harus Tahu!


Kehebatan Kerajaan Islam Melaka Sebelum Datang Penjajah penjajah
# Keluasan kerajaan Islam Melaka di masa itu
# Pengubahan sejarah oleh penjajah-pejajah
# Pusat-pusat pemeritahan Islam Nusantara di masa itu
# Hang Tuah ialah Iskandar Mahkota Alam

Sejarah bangsa Melayu kita dah patut ditukar, Melaka bukan lemah tapi kaya dan hebat, sejarah SPM cakap pejuang Melayu takde meriam, pistol atau senapang tapi zaman moden sekarang ni, dengan sedikit 'googling' korang akan tau Melaka amat hebat masa dulu, ada kapal2 perang, kenapa sejarah tu dipadamkan?

Sejarah yang kita belajar di sekolah adalah sejarah yg ditapis oleh British. Tidak semua mereka release apa yg sebenarnya terjadi di tanah melayu dahuu kala...


Melayu zaman sekarang, sang kufar kalah teruk semasa perang salib, oleh yang sedemikian mereka tidak mampu berperang secara berdepan, mereka menubuh satu gerakan senyap iaitu freemason untuk meracuni minda umat islam sehinggalah rosak ahklaknya dan masalah sosial sebagaimana yang kita lihat sekarang.

Kerajaan kita tidak mampu melaksana syairat islam 100% kerana terpaksa patuh perlembagaan negara yang di asas oleh penjajah british.

Syarat untuk menjadi ketua negara mengikut berpelembagaan british terdiri daripada anti islam, isteri tidak boleh memakai hijab dan sebagainya.

Sejarah khalifah Sultan Abdul Hamid II




Baca Berita Penuh ..

Wednesday 19 March 2014

FAKTA TENTANG KHILAFAH : Kegemilangan, Keruntuhan & KEBANGKITAN!


Sebahagian empayar british kena ikut perlembagaan ini, British tak akan biar kerajaan bonekanya tumbang dan sentiasa memberi jalan kepada kerajaan bonekanya agar pembangkang sentiasa gagal setiap kali PRU diadakan. Inilah taktik licik british untuk menyekat kebangkitan islam, tetapi rancangan mereka tidak sehebat rancangan Allah s.w.t. InsyaAllah...rancangan mereka akn memakan diri kelak......


Baca Berita Penuh ..

Monday 17 March 2014

Najib Ditekan Untuk Letakkan Jawatan PM Dalam Tempoh Terdekat

Over the past three days, rumors of Najib's imminent resignation had turned red-hot and political watchers from his Umno party told Malaysia Chronicle that he had been 'forced' to agree to give up his post following tremendous pressure from party seniors, and would announce his decision soon. 


kah kah kah... 

gua percaya, semua ni angkara musuh politik... Laughing

hanya org bodoh je yg x mampu buat konspirasi jahat, tapi nak buat gak, last2 tak menjadi...budak sekolah pun boleh baca...kah kah kah 

hadoi!... Laughing

ayuh! sedara2 semua, jgn kita memberatkan sgt hal konspirasi yg bodoh nih, ambik tau sikit2 ja. Ade yg lebih berat & hampir dgn kita...iaitu kematian... Crying or Very sad

Allahu'alam 

subkhanakAllahummawabikhamdika 
asyhaduallailahaillaanta 
astaghfirukawaatubuilaik


Baca Berita Penuh ..

Sunday 16 March 2014

Himpunan Reformasi 2.0


Pakatan Rakyat berikrar menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada 21 Mac ini bagi membantah keputusan mahkamah dalam kes Liwat II dan kes hasutan MP Gelugor, Karpal Singh. 

Perkara itu dimaklumkan MP Batu, Tian Chua (kanan) kepada Malaysiakini sewaktu ditemui selepas berceramah di Stadium Kajang, malam tadi. 

"Kita semua akan berpakaian hitam dan kita mahu beritahu kerajaan, yang kita tak puas hati dengan ketidakadilan," katanya. 

Himpunan itu yang merupakan sebahagian daripada gelombang Reformasi 2.0 yang diikrarkan Pakatan Rakyat sebelum ini akan diadakan di Stadium Kajang, bermula jam 8 malam, kata Tian lagi. 

Pakatan Rakyat sebelum ini membantah keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya selepas beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012. 

Karpal Singh pula didenda RM4,000 selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sewaktu mengulas krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2009. 

Keputusan ke atas Anwar dan Karpal didakwa Pakatan mengandungi elemen campur tangan kerajaan. 

Ia menyebabkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang dan denda terhadap Karpal pula bakal menyebabkan MP itu terpaksa mengosongkan kerusi ahli Parlimennya di Bukit Gelugor.



Baca Berita Penuh ..

Wednesday 15 January 2014

Satu Gempa Bumi telah Berlaku Sehingga Menggegarkan Utara Israel Ketika Sharon Dikebumikan.

News : While former Prime Minister Ariel Sharon was laid to rest Monday on his farm in southern Israel, a minor earthquake shook the country's northern region.

While former Prime Minister Ariel Sharon was laid to rest Monday on his farm in southern Israel, a minor earthquake shook the country's northern region.

As dignitaries from all over the world paid their respects to one of Israel’s last founding leaders, residents of northern Galilee told Ynetnews.com that they'd experienced a quake around midday. Confirming those accounts, the Israel Geophysical Institute reported the quake measured 3.5 on the Richter scale.

In October, five tremors shook the northern region in a span of one week, prompting Israeli officials to issue a general alert to citizens to update their knowledge about emergency measures during quakes.

MUSTAPA KAMAL ARTARTUK YG TIDAK DITERIMA BUMI

"There were similar cases in the past in which a number of earthquakes clustered around the same time and place, among other cases in Lebanon and the Gilboa,” Uri Friedlander, chief of the Israel Geophysical Institute, told Israel’s daily paper, Haaretz. “The truth is, we don't know what this recent string means."

Geologists said they are looking for patterns and signs to determine if a massive earthquake is in the offing.

Amotz Agnon, geology professor at the Hebrew University in Jerusalem, said a major tremor in the near future could lead to thousands of deaths.

“From experience, we know that everything depends on the time of day an earthquake occurs,” Agnon said. “The cities of Safed, Tiberias, Kiryat Shmona, Beit She'an and Eilat, unfortunately, are all built above the Syrian-African fault-line."

Rujuk Sini SINI

Bahasa Ibonda
Berita : Walaupun bekas Perdana Menteri Ariel Sharon dikebumikan Isnin di ladang di selatan Israel, gempa bumi kecil menggegarkan wilayah utara negara.

Walaupun bekas Perdana Menteri Ariel Sharon dikebumikan Isnin di ladang di selatan Israel, gempa bumi kecil menggegarkan wilayah utara negara.

Sebagai orang-orang kenamaan dari seluruh dunia yang dibayar penghormatan kepada salah seorang pemimpin pengasas lepas Israel , penduduk utara Galilee memberitahu Ynetnews.com bahawa mereka akan mengalami gempa sekitar tengah hari . Mengesahkan akaun-akaun , Israel Geofizik Institut dilaporkan gempa bumi itu diukur 3.5 pada skala Richter .

Pada bulan Oktober, lima gegaran berjabat kawasan utara dalam tempoh satu minggu , yang menyebabkan pegawai Israel untuk mengeluarkan amaran umum kepada rakyat untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai langkah-langkah kecemasan semasa gempa .

" Ada kes-kes yang sama pada masa lalu di mana beberapa gempa bumi berkelompok pada masa yang sama dan tempat, di kalangan kes-kes lain di Lubnan dan Gilboa ," Uri Friedlander , ketua Israel Geofizik Institut, memberitahu akhbar harian Israel, Haaretz . " Sebenarnya, kita tidak tahu apa yang baru-baru ini rentetan ini bermakna . "

Ahli geologi berkata mereka mencari corak dan tanda-tanda untuk menentukan sama ada gempa bumi besar-besaran itu sebentar lagi.

Amotz Agnon , profesor geologi di Universiti Ibrani di Yerusalem, berkata gegaran utama pada masa akan datang boleh membawa kepada beribu-ribu kematian.

"Daripada pengalaman , kita tahu bahawa segala-galanya bergantung kepada masa hari gempa bumi berlaku, " kata Agnon . " Bandar-bandar Safed , Tiberias, Kiryat Shmona , Beit She'an dan Eilat , malangnya, semua dibina di atas kesalahan- garis Syria- Afrika. "


#.......

Baca Berita Penuh ..

Monday 13 January 2014

Perubahan Kutub, Amerika Membeku!

ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.


Sebelum kedinginan membeku ... menjadi tarikan pelancong seluruh dunia...

 

Aku tak dapat nak bayangkan akan 'kesejukan melampau' itu. Pasang aircond dalam kereta waktu pagipun badan dah menggigil semacam je. Inikan pula suhu yang mencecah angka  -27 darjah celcius yang ternyata lebih dingin dari antartika.

Angin sejuk di Minnesota mencapai -50 darjah Fahrenheit cukup sejuk kepada kulit yang terdedah untuk terkena radang dingin dalam masa 5 minit.

Banyak tempat-tempat lain menyaksikan suhu terlalu sejuk. Pihak berkuasa menutup sekolah-sekolah, lebuh raya dan pusat tarikan pelancong sebagai satu cara untuk cuba memastikan orang ramai tidak keluar dari rumah.
Adakah kitaran dunia sudah hampir kembali kepada era ais yang memusnahkan kehidupan kuno dahulu kala.




Baca Berita Penuh ..

Saturday 11 January 2014

Ariel Sharon Mati Akhirnya....


JERUSALEM: Bekas perdana menteri Israel Ariel Sharon mati di hospital berdekatan Tel Aviv setelah koma hampir lapan tahun, menurut media Israel.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan daripada hospital Sheba, hospital dia dirawat.

Kenyataan rasmi akan dibuat pukul 3 petang (1300 GMT).

#Mati juga selepas beberapa tahun kena azab dunia....


Baca Berita Penuh ..

Thursday 2 January 2014

World Cup 2014 Is Coming!



Dalam beberap bulan lagi, seluruh dunia mula dok mengadap layan piala dunia yg akan berlangsung di brazil, brazil juara 5 kali..go go go brazil....tetapi ingat..layan layan jugak...tetapi jangan la sampai lupa kewajipan yang harus iaitu 5 waktu kali sehari...gua pun layan gak bola ni, tapi piala dunia ja, liga inggeris ka, liga malaysia ka, gua tak layan....apa-apa pun..go go go go brazil!


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 1 January 2014

Pencacai Umno Kantoi, Ini Jawapan Jawapan Latif Yang Sebenar....


'Itu tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. 

Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya. ~sh

Baca Berita Penuh ..

Monday 30 December 2013

Jeneral As-Sisi Sudah Mati?


Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri 

Kaherah: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. 

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir. 

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir. 

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini. 

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati. 

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir. 

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah. 

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan. 

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan. 

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati. 

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir. 

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan. 

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal. 

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut. 

Berikut ialah video lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi.

WallaHualam...

Baca Berita Penuh ..

Friday 27 December 2013

KEJAM! ZALIM! : Video Pihak Berkuasa DBKL Roboh Rumah Di KG Railway!


BN yang menjamin penyelesaian muktamat bagi masalah yang dihadapi oleh masyarakat India selama 56 thahaun -Waytha Moorthy Ponnusamy Hindraf]

December 26, 2013
PETALING JAYA: The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) enforcement personnel demolished three quarters of the houses in Kampung Railway in Sentul today.

It is learnt that Batu MP Tian Chua is discussing with DBKL to stop the demolition and save the rest of the houses.

YTL Corporation Bhd, through its developer Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), had earlier planned to demolish about 50 houses in Kampung Railway on Sept 18, but was stopped by residents led by Tian Chua.

The developer had bought the land and had planned to build a high, medium and low-cost homes in the area.

YTL has been granted a court order to evacuate and relocate the families.

The developer had offered low-cost homes in Bukit Jalil but the families had refused the offer and wanted to be relocated near the Sentul area.

On Oct 1, about 25 residents of Kampung Railway held a peaceful demonstration outside the parliament building demanding to be relocated to a site nearby and not as planned by the developer in Bukit Jalil.

Meanwhile, one of the residents affected by the demolition, A Ganapathy said a YTL representative came to their house around 11am asking them to evacuate.

Ganapathy, then, negotiated asking for four days to evacuate and YTL representative agreed initially.

Around 5pm, the YTL representative and court bailiff instructed them to evacuate immediately.

The families protested but the court bailiff insisted that the demolition to be done today.

“We do not have any place to go and how are we going to shift within hours?

“So far we have not received our house keys and compensation,” said Ganapathy.

Batu MP Tian Chua who was at the scene said the demolition has been going on since morning and some families were informed later today to evacuate the place for demolition.

He also stated that around six people including a youth were arrested by the police and he was going to IPD Sentul to negotiate with the police officers to release those detained.

Federal Territories deputy minister Loga Balan, when contacted, said the City Hall had asked the settlers to evacuate the site at a meeting on Dec 5.

He also said around 120 families have obtained PPR flats in Bukit Jalil with a RM18,000 compensation each family.

Loga also added that there were around 30 families, who were adamant not wanting to receive the offer, but instead proceeded to take their case to the Federal Court. They subsequently lost the case.

He added that these 30 families were still given PPR flats on humanitarian grounds but some still want low cost houses in the nearby area to their existing homes and an added compensation package.

A total 63 houses have been demolished so far while three more would be flattened later in the night after settlers move out their belongings. -FMT

Baca Berita Penuh ..

Thursday 26 December 2013

Jepun sudah mula keluar amaran tsunami yang bakal melanda dalam tempoh 36 jam!


Sekeping foto sedang tersebar di laman Facebook yang mendakwa foto tersebut adalah gambar laut yang sedang bergelora di lautan Brunei.

Penyebar gambar tersebut juga mendakwa gambar tersebut diambil oleh kru helikopter.

Beliau turut mendakwa kerajaan Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami akan melanda dalam masa 36 jam.

Kemudia dari laman Twitter pula beberapa mesej bergambar pula tersebar mengenai gempa berukuran 4.9 skala ricther berdekatan lahad datu.


Masih belum ada kesahihan mengenai berita ini.

Melalui laman web Agensi Meteorologi Jepun pula, masih tiada amaran tsunami dikeluarkan.


#Sama ada betul atau tidak, harus berhati-hatilah...jangan leka....



Baca Berita Penuh ..

Bung Moktar Bengang Sampai Nak Tutup Akaun Twitternya....huhuh....


Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.

Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.

#Huhuhuhuhu...ciannyerMr. Green

Baca Berita Penuh ..

Najib Bakal Tumbang?


Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan?

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya. 

Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa. 

NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini. 

Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu. 

Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama. 

Puncanya tentulah tidak lain kerana mereka juga sudah dapat mengesan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup ini. Selepas ini, mungkin ada lagi yang turut bertindak sama. 

Jika dulu Pak lah mula menerima kesan penolakan rakyat akibat tindakannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen yang kemudian dihubung-kaitkan dengan pelbagai kelemahannya yang lain, Najib pula dilihat mula menerima kesan yang sama akibat tindakannya menaikkan beberapa jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini. 

Najib bukan saja sedang menuruti jejak Pak Lah, bahkan langsung tidak mengambil teladan daripadanya. 

Satu demi satu kenaikan yang gagal dikawalnya telah menyebabkan populariti Najib kini hanya tinggal 52 mata berbandinpg 62 mata sebelumnya berdasarkan kajian Merdeka Center manakala Umcedel pula dalam kajian terbarunya turut mendapati kenaikan harga barang akan menjadi beban yang akan terus menurunkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. 

Selain mendapati 42 peratus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan harga minyak, 34 peratus kerana kenaikan harga barang dan 24 peratus disebabkan kenaikan tarif letrik, kajian Umcedel juga mendapati bantuan BR1M tidak lagi berkesan dalam meringankan beban kehidupan rakyat. 

Yang lebih buruk ialah, di sebalik kemarahan rakyat kian meningkat, pembangkang makin agresif meningkatkan prestasinya dan lebih banyak pula dari dalam UMNO dan kerajaan sendiri yang mengkritik kepimpinan Najib, tindakan mempertahankan Najib pula hampir tidak kedengaran. 

Lebih ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan suara mempertahankan Najib. Najib seolah-olah mula keseorangan dalam menpertahankan diri dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. Dalam isu melibatkan isterinya yang diserang baru-baru ini, Rosmah Mansor akhirnya terpaksa tampil sendiri mempertahankan diri dengan menulis surat yang panjang mengenainya. 

Suara-suara dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga hampir-hampir tidak kedengaran membela dan menpertahankan Najib dan kerajaan sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru, masing-masing mengaku merekalah tulang belakang dan tulang depan kepada parti dan kerajaan. 

Apakah tulang-tulang ini sudah bengkok dan hampir patah sekarang ini? Mana jentera siber Pemuda UMNO dalam hal ini? 

Jentera media sosial yang diakui sebagai medium paling utama dalam menghadapi pilihanraya akan datang pula, dilihat sudah terkulai sebelum masuk medan perjuangan. Selain terdapat blog dan media sosial pro UMNO yang berdiam diri daripada mempertahankan Najib dan kerajaan, selebihnya turut juga lantang mengkritik. Yang mengaku sudah menjadi bebas dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan pro mana-mana parti juga sudah ada. 

Semua ini memperlihatkan kedudukan Najib sekarang ini sebenarnya lebih parah berbanding ketika Pak Lah diserang dan mahu dijatuhkan dulu. Ketika itu Mahathir terpaksa bekerja keras ke seluruh negara dan menghadiri pelbagai program di merata tempat untuk menjustikasikan perlunya Pak Lah diturunkan sebagai Perdana Menteri, namun menteri kabinet dan pemimpin UMNO ramai yang masih lantang mempertahankannya. 

Namun sekarang ini, sementara tekanan kian meningkat, suara yang mempertahankannya juga hampir tidak ada. Kalau ada pun yang bersuara hanyalah daripada pemimpin yang semakin terhakis wibawanya seperti Isa Samad dan Ahmad Maslan, manakala yang lain-lain lebih selesa memilih berdiam diri dan menjaga hal masing-masing. 

Ini menjadikan persoalan yang bermain di fikiran ramai orang ialah sampai bilakah Najib mampu bertahan menghadapi semua tekanan ini? Tetapi dengan sokongan yang semakin merosot hari demi hari ini, semakin ramai yang percaya bahawa Najib tidak akan dibenarkan terus mengetuai UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti kerana kemungkinan BN hilang kuasa lebih besar jika beliau terus kekal 

Yang paling tidak mahu melihat UMNO dan BN kalah pastinya Mahathir. Yang lain-lain ada yang merasakan hanya kekalahan dan hilang kuasa merupakan pengajaran bermakna bagi UMNO dan para pemimpinnya. Selebihnya pula merasakan apa salahNya PR diberi peluang pula. 

Dan ramai juga yang percaya kerja Mahathir jauh lebih mudah kali ini. Berbanding ura-ura dan tohmahan bahawa kerajaan mahu digulingkan melalui demonstasi, Najib sebenarnya lebih mudah tergolek jika Mahathir mulai bersuara.

Kerajaan BN, PM jenis apa tidak hiraukan masalah rakyat – NJ


BARISAN Nasional (BN) ini kerajaan jenis apa dan Datuk Seri Najib Razak pula Perdana Menteri jenis apa yang sanggup membutakan mata, memekakkan telinga sehingga membuatkan rakyat berpendapatan rendah semakin meluat kerana penderitaan mereka yang dibebani kenaikan harga barang tidak dipeduli dan dihiraukan. 

Kalau macam inilah kerajaan BN dan Perdana Menteri yang menjadi sanjungan dan sokongan juak-juak UMNO, maka mereka patut terus memilih BN dan pemimpin sedemikian mentadbir negara untuk menjadi ‘lintah’ menghisap darah rakyat sehingga menjadi papa kedana, manakala kroni mereka terus dibelai menjadi kaya raya. 

Ketika ini tidak ada orang yang tidak mengeluh dan terkejut dengan kenaikan harga barangan berikutan kenaikan harga petroleum sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15% dan terbaru bakal menaikkan kadar tol mulai tahun depan serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015. 

Masalahnya bukan setakat harga petrol dan diesel serta gula yang naik, tetapi ia membabitkan barangan lain kerana kos pengangkutan turut meningkat. 

Ramai terkejut termasuk sendiri ketika berkunjung ke sebuah pasar raya baru-baru ini apabila mendapati harga ikan naik melambung termasuk ikan jenis pelaling dan selayang (sardin) (jenis ikan makanan orang miskin) kini dijual sehingga RM10 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM6 atau RM7 sekilogram. 

Saya juga mengambil kesempatan meninjau harga beberapa jenis ikan lain, termasuk cencaru dan kembung, juga ikan jenis murah yang mampu dibeli rakyat miskin. Tetapi semua ikan itu juga dijual sehingga RM12 sekilogram. 

Disebabkan harganya mahal, jadi saya tidak membeli ikan berkenaan, sebaliknya balik hampa tanpa membeli apa-apa. 

Pada malamnya saya meninjau pula harga ikan yang dijual di pasar malam. Saya lagi terkejut apabila ikan yang dijual di situ lagi mahal sedangkan ia menjadi tumpuan orang Melayu. 

Di pasar malam itu, ikan jenis sama dijual dengan harga lebih tinggi iaitu pelaling dijual dengan harga RM12 sekilogram dan ikan tongkol dijual RM13 sekilogram. 

Ramai suri rumah juga mulai merungut dan mengeluh kerana mendakwa kalau pergi ke pasar raya atau kedai runcit sekarang ini tidak cukup jika membawa wang hanya RM50 kerana semua barangan beli harganya mahal. 

Bapak menteri terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan wajar ambil langkah meninjau sendiri harga barangan di pasaran sekarang baru mereka tahu sendiri keadaan sebenar yang sedang menghantui rakyat miskin. 

BN tidak langsung memperdulikan masalah rakyat sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, sebaliknya mengumumkan kenaikan harga petrol, diesel dan gula menyebabkan barangan keperluan lain turut naik. 

Sedangkan sebelum PRU-13, BN berjanji macam-macam termasuk memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petroleum dan gula bagi mengurangkan subsidi dan tidak lama lagi rakyat akan dibelenggu dengan masalah kenaikan tol, tarif elektrik dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa tidak dapat dielakkan. 

Kerajaan BN bertindak demikian kerana mereka tahu rakyat akan terus memilih BN memerintah negara kerana mendakwa rakyat tidak yakin dengan parti lain, termasuk Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR. 

Kenapalah rakyat masih ‘buat hati’ sehingga tidak dapat menilai kemampuan Pakatan Rakyat yang terbukti lebih baik, tidak membazir, tidak rasuah, tidak menyeleweng dan salah guna kuasa ketika mentadbir Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding ketika negeri itu ditadbir BN. 

Kebelakangan ini bukan setakat pemimpin Pakatan Rakyat yang membantah keras tindakan kerajaan yang rasuah, boros dan melakukan pembaziran, malah beberapa pemimpin UMNO sendiri mula bersungut dan bimbang dengan kenaikan itu akan menyebabkan BN kalah teruk pada PRU-14 nanti. 

Diharap rakyat tidak lagi mudah ‘dibeli’ ketika pilihan raya umum sebaliknya bertekad mengajar pemimpin dan BN pada PRU-14 nanti. 

Ada juga cadangan agar semua rakyat turut ke jalan raya menyertai demonstrasi anjuran NGO dan PR untuk menuntut kerajaan menarik balik cadangan menaikkan tarif elektrik, tol dan pelbagai kenaikan yang diputuskan sebelum ini. 

Bagaimanapun, langkah itu agak sukar kerana BN bergantung sepenuhya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak dapat menghalang demonstrasi itu. 

Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin Najib kini berhadapan masalah ekonomi, defisit kian melebar, hutang semakin meningkat, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar. 

Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama. 

Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipertikaikan. 

Jika demokrasi adalah pemerintahan “dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat”, ekonomi yang sihat juga begitu sifatnya.

Sekarang Najib dihempuk dengan pelbagai masalah. Kajian membuktikan popularitinya merudum, hutang negara meningkat, kenaikan harga meniyak, gula dan barang keperluan lain dan cadangan kenaikan tol serta pengenaan GST yang bakal menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat yang mengakibatkan kemarahan rakyat juga meningkat. 

Langit juga seperti turut tidak merestui - banjir menenggelamkan Kuantan dan Kemaman dengan dasyat, termasuk kawasan parlimennya sendiri Pekan yang melihat diantara mangsa banjir paling ramai dipindahkan sewaktu UMNO sedang sibuk bersidang di PWTC!

GB pernah juga mengulas bahawa GB amat yakin sekali jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi. 

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari. 

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

#Menang dengancara menipu...tak berkat beb.....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 25 December 2013

Berkat Laksana Hudud : Brunei Temui 6 Telaga Minyak Bertahan Selama 600 Tahun!


Rahmat, Berkat Dan Halal, Berkat Yg Allah S.W.T Turunkan....

Baca Berita Penuh ..

Dekat Pelantar Minyak Terengganu! : Ikan, Ketam Dan Segala Haiwan Laut Lain Berlumba-Lumba Ke Daratan!


Lagi kejadian aneh yang berlaku.. kini di Terengganu..Moga Malaysia di bawah perlindungan Allah dan baik2 sahaja amin..

Tetapi gua tak pasti sama ada betul atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. 

#Esok lusa ada jabatan kajicuaca kata jangan percaya dan itu bukan petanda tsunami, buat pandai, kalau betul-betul tsunami terjadi? depa nak putar belit apa pulak? Tunggu saat-saat akhir baru kalut nak bagi tau itu amaran tsunami?


Baca Berita Penuh ..

Kutub Bumi Berganjak 1 Batu Sehari : Malaysia Bakal Jadi Alaska


Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa berada di Antartika. Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. 

Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa, 

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. 

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” 

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. 

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” 


Peta dunia akan diterbalikkan 180 darjah dan kita akan dapati Singapura akan berada di atas Malaysia. Peta diterbalikkan bagi tujuan untuk memudahkan paksi rujukan kompas. 


PostPosted: Fri Dec 20, 2013 7:19 pm    Post subject: Reply with quote
Apa yang aku nampak paksi bumi dulu tegak, kajian sains jumpa dah senget paksi tu & tidak heranlah ianya semakin menyenget & akhirnya upside down... Sebab itulah perubahan cuaca berlaku saban tahun pada tempat yang berbeza. 

Dikatakan Ethiopia adalah negara yang akan meruntuhkan Kaabah. Apa ada pada Ethiopia? Negara gersang bukan? 1 hari nanti kerana perubahan paksi ini akan menjadikan Ethiopia negara subur & maju...negara² maju lain jadi papa kedana...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat