Labels

Thursday 21 October 2010

Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani

Azrin Ren ヅ : Yo umno dan pencacainya..jangan terkejut beruk ya selepas membaca dan terbaca artikel ni....

Panas: Wakil 'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani Ketika Persidangan Agung Parti Itu Berlangsung!


Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang "menentang arus" dan aspirasi UMNO itu sendiri. 

Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR "Anwar Ibrahim" yang lebih "humble" ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. 


Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. 

Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri. Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok "atas pagar" sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya


psst : Dulu Soviet Union...Sekarang Russia...

Blog Pakatan Rakyat