Labels

Thursday 21 October 2010

Talian Akhir Hayat UMNO jika tewas PRU13..Keh Keh Keh..


Azrin Ren ヅ : Talian hayat terakhir Umno jika tewas PRU...Darurat dan Huru hara...penuh slamber ngaku plak tu..
bila dah xsedor diri...sanggup ugut mcm2...
negara jepun pun berubah pemerintah...xde lak jadi darurat...aku pun melayu gak..tapi aku tak berminat dengan agenda melayu kou tu pok jib..skrg ni bukan berkisar melayu..tapi rakyat separuh mampus menangung lanun lanun umno bermaharaja lela menyebat harta rakyat..

bayar cukai itu ini..barang naik,minyak naik,segalanya naik...tak cukup ngan tu kena tanggung beban yg bukan bukan..buat menara 100 tingkat ler,jual spender import kak mah ler..itu ler iniler..

takat agenda melayu kou tu pok jib..tapi rakyat bawah lelebih melayu mati kebuluran ..gaji je dah habis kena tax ngan kerajaan dan beli barang naik ari ari semata mata nak tanggung puak umno dan kroni di atas sana.

ngarut tul agenda melayu tapi rakyat melayu sendiri kebanyakan miskin hina dan merempat di bumi sendiri...pru13 kuasa-kuasa melayu akan hilang maksudnya melayu umno bukan melayu rakyat!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

Katanya, polemik berhubung isu kerakyatan selepas merdeka dan hak istimewa orang Melayu sudah menjadi perdebatan akademik kerana ia sudah terpateri kemas.

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen pun, tidak mampu mengubah apa-apa jua tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-raja Melayu," katanya.

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekali pun darurat diisyhtiharkan ia tetap tidak boleh disinggung."

Menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno pagi ini, perdana menteri berkata, sama ada suka ataupun tidak, peruntukan tersebut diletakkan di luar forum perbincangan.

"Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan primordial instinct atau nalusi asal wujud antara etnik," katanya.

Tambahnya, berdasarkan perjalanan sejarah, tidak kira berapa maju pun ekonomi sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia, betapa tinggi tahap toleransi, sekiranya naluri asal itu wujud dan tidak diurus dengan baik, mungkin kezaliman yang sangat dahsyat akan terjelma.

"Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi Holocoust di benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini."

Malah, Najib berkata, di zaman ini ia akan lebih pantas mereba, terutama dalam dunia tanpa sempadan ekoran kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang.

"Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus," jelasnya.

Sebelum itu, menyentuh soal tanggungjawab moral dalam hubungan kaum, presiden Umno juga menyatakan kegusarannya terhadap pihak yang mula mempersoalkan kedudukan bangsa Melayu yang menimbulkan rasa tidak puas hati.

"Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu," katanya.
 

Blog Pakatan Rakyat