Labels

Friday 3 December 2010

Selamat Hari Naik Semua.....Hehehehe....

Bersempena hari minyak dan barang naik ni..aku ucapkan kepada kalian ''SELAMAT HARI BARANG NAIK'' hehehe...dengan ini meh kita dengar lagu dari Ali Mamak yang bertajuk semua naik...naik naik naik...


Politik Jap Hehehehe : 
Aku dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DS Najib Razak atas keprihatinan Dato' Seri kepada masalah rakyat dengan menaikkan harga petrol RON95 bermula hari ini selepas kenaikan RON97 baru-baru ini..heheh..nyot..nyot....aku memuji langkah DS najib menaikkan harga petrol ini kerana akan membantu merangsangkan ekonomi negara kerana dengan keuntungan tersebut, rakyat yang terdiri dari kroni PARTI UMNO akan menerima projek-projek pembangunan untuk kesenangan rakyat yang terdiri dari kroni UMNO dan seterusnya mengisi tembolok mereka. ini bersesuaian dengan misi DS Najib Negara berpendapatan Tinggi.

Kenaikkan harga ini juga amatlah baik dari segi ransangan ekonomi kerana apabila minyak naik barangan pengguna lain akan naik juga seterusnya akan membuatkan nilai matawang Ringgit Malaysia akan bertambah kukuh kerana barang naik dan perbelanjaan isirumah rakyat Malaysia akan bertambah, sesuai dengan dasar Rakyat didahulukan Pendcapaian Diutamakan. Dengan dermikian juga kadar OPR dan BLR yang mana itu merupakan kadar riba juga akan semakin bertambah.

psst : tidak disangkal lagi, sememangnya Najib adalah PM yg paling prihatin dan sangat-sangat baik. tengok jelah bonus untuk kakitangan awam, banyak sangat tu. dengan RM500 boleh beli rumah banglow 4 biji, kereta ferarri 5 biji...tu pun ada lebih banyak lagi...Thanks najib...

Blog Pakatan Rakyat