Labels

Thursday 7 July 2011

PR Berjaya MENEUTRALKAN Kuasa Raja-Raja dan Agong.


Sejak Tarikh 8 Mac 2008 banyak isu-isu yang dibangkitkan PR dalam perkara pentadbiran kerajaan Negeri mahupun Negara telah mengaktifkan peranan atau kuasa Raja-Raja Melayu dan Agong dalam membuat keputusan berkaitan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga kerajaan pusat.Selama ini Peranan Raja-Raja Melayu dan juga Agong disenyapkan begitu sahaja oleh UMNO-BN dan hanya diperlukan untuk perkara2 tertentu sahaja. 

Namun PR telah berjaya menghidupkan Sistem Raja Berpelembagaan yang sebelum ini kebanyakkan rakyat tidak tahu mengenainya kerana sikap perintah yang ada menghadkan peranan Raja-Raja Melayu dan Agong.Itu jelas. Rakyat sudah mula sedar akan peri pentingnya peranan atau campur tangan pihak Istana dalam hal ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan juga hal2 rakyat terbanyak.. 

Itulah kejayaan PR yang banyak pihak tidak sedar terutamanya PERKASA dan NGO2 Pro Kerajaan yang sering menuduh PR khususnya DAP sebagai Pengkhianat dan Komunis.PRlah sebenarnya lebih hormat dan mengutamakan pandangan pihak Istana jika ada percanggahan ianya akan diselesaikan cara cukup berhemah.
 

psst : - untuk menjadikan perkerja yg berdisplin. majikan harus memainkan peranan yg terbaik. demokrasi bukan lah untuk membebaskan seseorang itu bebas untuk membunuh sesiapa sahaja dan mencuri disana sini. kita harus kenali apa itu erti demokrasi :D.

Blog Pakatan Rakyat