Labels

Monday 9 January 2012

Adam Adli Digantung 3 Semester


Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan banner pro-pelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

Azrin Ren : Ooooo yg dok berzina, menyamun yg dok memfitnah tu tak kena gantung dan juga tak kena hukuman ker? besar sangat ker dosa org yg menruun bendera pakjib? pakjib tu tuhan ker sampai menganggungkan pakjib. sehingga org ygi ngin kebebasan dan keadilan dihukum yg begitu tidak wajar baginya. teruk sungguh pemerintah umno ni. harus dikalahkan pada pru13 demi membebas semua rakyat yg dicengkam kuku besi oleh sang umno.

psst...Pembunuh warga mangolia hukumannya digantung sampai mati...

Blog Pakatan Rakyat