Labels

Friday 20 January 2012

Rayuan Difail Berdasar Undang-Undang


Pejabat Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.

    

Pejabat itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
    
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
    
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
    
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.






Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.
    
Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

Azrin Ren : Fail berdasarkan rang undang-daung UMNO sebenarnya, bukanya rang undang-undang demokrasi bah kan undang-undang yang adil. Inikan negara UMNO yang punya. Suka hatilah mereka apa yang mereka nak buat apa-apa pun, Tetapi ingat. Jikalau ditakdirkan PR memerintah malaysia. Anda yang gemar pedajalkan orang akan didakwa ke muka pengadilan, Rakyat tidak akan lupa perilaku kamu semua.

Undang-undang harus dijalankan secara adil jika anda mahu dihormati rakyat, undang-undang harus dijalankan secara profesional jikalau anda mahu dihormati rakyat, Buat kerja cara Islam jangan buat kerja cara freemason mahu pun papagomo..sekian..

psst...Teruk sungguh orang yang suka pedajalkan orang yer. nak menghancur bangsa sesama bangsa. yang untung yahudi jugak...Ohhhh Rakyatttt......

Blog Pakatan Rakyat