Labels

Friday 20 January 2012

Agensi Angkasa Negara Diarah Siasat Dakwaan ‘Bunyi Aneh Dari Langit’


Nampaknya pihak berkuasa mengambil pendekatan pro-aktif dalam menyiasat insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu.

Ia sekali gus menunjukkan dakwaan tersebut serius dan bukanlah satu bahan lawak.

Walaupun penjelasan mengenainya masih ‘tergantung’, namun banyak pihak yang menganggapnya satu bahan gurauan terutama di laman Facebook.



Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, satu pasukan telah pun ditubuhkan yang diketuai Dr. Mustafa Subari dari Agensi Angkasa Negara bagi mengkaji bunyi yang didakwa.

Beliau berkata, pihaknya ada bertanya kepada Jabatan Meteorologi namun mereka tidak dapat memberikan penjelasan berhubung bunyi aneh itu.

” Menurut pengarahnya, mereka tidak dapat menjelaskan mengenai perkara itu, ia bagaimanapun tidak ada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Sumatera baru-baru ini,” kata Fadhillah yang dipetik dari The Borneo Post.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, beliau sudah bercakap dengan salah seorang saksi kejadian dan pasukan yang ditubuhkan akan menemui saksi itu dalam masa terdekat.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

psst...Kekeke...aku paham suara-suara yang kedengaran dilangit, maksudnya ''UMNO AKAN TERUS MEROYAN BUAT FITNAH TERHADAP PAKCIK NUAR BRAHIM MENJELANG PRU13!!!''


Blog Pakatan Rakyat