Labels

Sunday 3 March 2013

Najib Janji Penempatan Untuk Tentera Sulu Di Sabah - Media Filipina

SEBELUM ini heboh kononnya Anwar Ibrahim dikatakan sebagai dalang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu Sabah.

Media arus perdana kawalan Umno menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Kali ini, portal berita Filipina mb.com.ph memetik kenyataan secara terbuka oleh Nur Misuari sendiri yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu mb.com.ph.


Hasil risikan kata Menteri, mendapati penceroboh yang lengkap dengan senjata merbahaya ini bukanlah pengganas, maka mereka dibiarkan sahaja masuk ke Sabah.

Oleh kerana mempercayai sumber risikan inilah akhirnya ramai anggota keselamatan kita terkorban. Risikan jenis apakah ini? Hishamuddin Tun Hussien mesti letak jawatan kerana mengabaikan keselamatan negara, membiarkan tentera musuh masuk ke Negeri Sabah.

Malah mengistiharkan tentera musuh sebagai bukan pengganas dan menggambarkan mereka tidak merbahaya. Akibatnya ramai anggota keselamatan kita sudah terkorban!

#Dok menuding jari kat orang, akhirnya ken kat batang hidung sendiri....

Blog Pakatan Rakyat