Labels

Friday 13 January 2012

Anwar Tak Risau Mereka Merayu Atau Tidak


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat.

Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki, juga berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan.

Beliau disambut oleh ratusan orang yang berhimpun di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika beliau hadir untuk solat Jumaat.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA yang dikemukakan

Bapa Saiful, Azlan Md Lazim, telah menggesa pihak pendakwaan supaya merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.

Ketua Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, telah membayangkan Rabu lalu, bahawa beliau akan mengesyorkan mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, berkata bahagian itu belum mengkaji syor Yusof itu.

Azrin Ren : Anwar tak risau tetapi yang risau adalah saiful pungkoq dan UMNONYA, kesian...bapak pula dok sokong anaknya untuk terus pedajalkan orang. memang mata duitan manusia jenis macam saifu dan bapaknya. bapak boret anak rintik, kaki kencing kuat penipu calit kiwi kat dahi kononya nak tunjuk alim. porahh..ingat kami papagomo? ingat kami lembu? ingat kamu generasi mesin taip? ingat kami shahrizat cuti 3 minggu? nak tipu budak-budak belum tentu budak-budak percaya tau tidak.

Syabas dari seri anwar ibrahim, kalau takut jangan soal tentang perjuangan termasuk diri saya sendiri. biar mereka takut asalkan jangan anwar yg takut, biar mampos saiful pungkoq dan UMNO terus meroyan. biar mereka meroyan kat dunia jangan pulak di akhirat. sekian...

psst...Azrin Ren tak hipokrikk....

Blog Pakatan Rakyat