Labels

Tuesday 3 January 2012

Bebas 901 : Apa akan berlaku sebelum dan selepas 9 januari???


Pada 9 January 2012..
keputusan mahkamah berkaitan dengan kes fitnah liwat episod kedua akan diumumkan...

Pakatan Rakyat dilaporkan akan menggerakkan rakyat seramai 100,000 ribu orang untuk menzahirkan sokongan kepada Ketua Pembangkang dan juga menzahirkan bantahan terhadap politik kotor kerajaan dalam meneruskan "nyawa" mereka di dalam pemerintahan negara
ini...
Korang kena bersedia dengan kepelikan-kepelikan dan keanehan-keanehan yang mungkin akan laporkan oleh media UMNO...
SEBELUM...,
PADA HARI BERLANGSUNG....,
DAN SELEPAS hari "901 Bebaskan Anwar" pada 9 January 2012 nanti..
Kepelikan-kepelikan yang mungkin akan kita dengar dari media UMNO adalah..

Polis akan menemui petrol yang diisi ke dalam botol di belakang shopping complex.. lawak ni pernah dibuat oleh polis sebelum Bersih 2.0...

Polis akan mengeluarkan laporan bahawa peserta perhimpunan telah mencederakan diri mereka sendiri...lawak ini juga pernah dilakukan oleh Mahathir dalam kes mata lebam Anwar.. dan yang terbaru kes Mahasiswa UPSI..

Polis akan buat kenyataan bahawa polis melayan peserta perhimpunan dengan sebaik-baiknya dan hidangkan nasi siap dengan nasi tambah lagi..

Polis akan menutup semua jalan di KL dan kemudian TV3 akan menanyakan kepada para peniaga,rugi tak niaga kalau orang ramai tak dapat datang membeli belah..?

Bendera Malaysia bersaiz kecil yang dipegang akan dianggap sebagai pisau tajam,walaupun kibarannya jelas menunjukkan ianya hanya bendera.

Polis mungkin akan menemui baju dan risalah komunis pada bila-bila masa sahaja dari sekarang..

Polis akan melaporkan peserta perhimpunan berlari merempuh FRU walaupun nanti akan ada video yang menunjukkan mereka berlari ke arah lain kerana mahu mengelakkan diri dari gas pemedih mata..

Media UMNO melaporkan hanya dua ratus orang sahaja yang hadir,walaupun bepuluh ribu yang datang..

Banyak lagi cerita-cerita yang pelik yang akan kita baca menjelang dan selepas hari "901 Bebaskan Anwar"

Kita sudah di tahun 2012..
tetapi kerajaan sentiasa menganggap rakyat Malaysia ni masih berfikiran seperti di tahun 1980an...

Itulah Kerajaan Malaysia...
hanya di Malaysia dapat kita dengar lawak yang sebegini..
yang penting..
bukan aku yang undi kerajaan BN...

psst....Senang jer polis nak hilangkan kebencian terhadap mereka, caranya henti jadi pengikut UMNO dan sokong rakyat jatuhkan kerajaan zalim. insyaAllah nama PDRM akan BERSIH...

Blog Pakatan Rakyat