Labels

Thursday 19 January 2012

Kajiselidik : Najib lebih berkemampuan dari Anwar


Bengap...sungguh bengap..siapa buat kajian ni? kenapalah bengap sangat, ni, ah jib gor tu sapa? anwar sapa? anwar tu perdana menteri ka? bodoh tahap gaban. orang yang buat kajian ni memang belajaq tak habis. nak bandingkan anwar dengan ah jib gor. anwar tu bukan perdana menteri boleh la lu cakap macam tu. 

Orang yang beli respon tu kurang pendidikan, tengok orang hanya pandang mata sebelah ja. lain kali kalau nak buat kajian, buat kajian perbandingan ah jib gor dengan perdana menteri jepun atau singapore. itu baru sesuai perdana menteri sesama perdana menteri.  pandai urus ekonomi konon, nak handle kakmah bershopping membazir duit rakyat pun tak boleh, taraf hidup tinggi gaji rakyat rendah macam zaman 90an. itu  pandai urus ekonomi?? porahhhh....




Malaysiakini : - Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu
yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib mendahului dalam beberapa kategori.

Berbanding dengan Anwar, lebih ramai yang berpendapat Najib
merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajiselidik itu - yang dijalan dari bulan Oktober hingga Disember 2011 - bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

Namun begitu, separuh daripada responden bersetuju bahawa Anwar
adalah seorang pemidato dan penyampai yang baik, berbanding 44 peratus untuk Najib.

Sejumlah 46 peratus responden yang berusia 22-30 tahun bersetuju
perdana menteri mendahului, manakala Anwar ketinggalan 3 peratus di belakang.

Najib sekali lagi mendahului Anwar dari segi persepsi terhadap hubungan dengan rakyat.

Kira-kira 47 peratus responden bersetuju perdana menteri mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, manakala Anwar ketinggalan tujuh peratus di belakang.

Kecenderungan tersebut dilihat pada kedua-dua responden muda dan yang tua.

Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.

Apapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.

Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu.

psst...Bukan setakat tak pandai urus ekonomi, bini pun tak pandai nak urus.





azwan ali, anwar ibrahim, pru13 mac,

Blog Pakatan Rakyat