Labels

Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Tuesday 17 January 2012

Azwan Ali Ditahan Polis


Kat dunia dah jadi penakut..belum lagi ke neraka dan di akhirat...

Azwan ali ditahan berikutan ugutan terhadap adiknya UMMI HAFILDA. UMNO tidak boleh beza yang mana ugut dan yang mana perli. 

Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi,

Ini keratan print screen twitter azwan ali mengenai ugutanya terhadap Ummi Hafilda.

psst....Jenayah yang membawa lebih bahaya kepada masyarat tidak pun ditangkap dan langsung tidak bertegas.


Baca Berita Penuh ..

Isu HomoSeks : Anwar Akan Saman Utusan Malaysia haha

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.


Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Share it with others

Azrin Ren : Saman jangan tak saman dati seri, saman saja utusan haprak tu sampai bankrap biar pupus terus. utusan atau lebih dikenali sebagai utusex memang layak dijadikan bungkusan nasi lemak dan bungkusan sampah, hanya pencacai-pencacai yang tak cerdik sahaja yang akan terpedaya fitnah murahan dari utusan ni. kalau boleh bila PR memerintah nanti, penjara sahaja pengarah editor utusan tu sebab dia tu kaki pengampu tak habis-habis dulu kini selamanya...sekian..

psst...Pergi mampos sama utusex!!

Baca Berita Penuh ..

Monday 16 January 2012

Ahli UMNO Sendiri Dah Mengamuk Atas Sebab-Sebab Perobohan Surau Dan PATI.


Puak-puak umno wajib tonton ini video..memang panas video ni sejak sehari dua nie. Lihatlah betapa marahnya puak-puak umno kepada kerajaan yang depa pilih sendiri..Aku tak mau ulas panjang-panjang tentang video ni sebab aku masih lagi dok tengah exam,kah,kah,kah.Puak-puak umno wajib tonton untuk membersihkan otak-otak daripada kekotoran dan kegelapan depa.Mudah-mudahan hangpa diberi petunjuk bila tengok video ni.

pssst....Termasuk PAPAGOMO.....KEKEKEK...


Baca Berita Penuh ..

Anwar Ibrahim Tak Boleh Dipercayai..


Utasan penyampu UMNO ni hari-hari mesti ada hentam itu sama anwar...hehehe...Tajuk yang tertera kat utusan penyampu kelmarin ialah ''Anwar Tak Boleh Dipercayai''...eehehhe...Sapa yang cakap tu?? agensi yahudi darimana yang UMNO upah tu?? tau lah Pemimpin UMNO sanggup bayar berjuta-juta kepada APCO yahudi untuk mendapat idea dan bantuan demi cita-cintanya tercapai, Cita-cintanya ialah mahukan anwar ibrahim hancur dari kerjaya politiknya. Sebab depa takutkan anwar daripada terus terjebak ke alam politik, kerana anwar adalah superhero dan berani menganggu lubuk rezeki sang penguasa yang bernama UMNO.

Siapa yang tak boleh dipercayai?? anwar atau UMNO?? jawapan pencacai-pencacai duniawinya mestilah menjawa anwar, tetapi jawapan dari rakyat yang bukan  dari kalangan tidak bodoh menjawab UMNO dan pemimpinnya yang tidak boleh dipercayai. Kerana sikap UMNO memang sejak dari dulu kini selamanya sentiasa membohongi rakyatnya secara hidup-hidup.

Baca Berita Penuh ..

Mantan Mufti Mahukan Yg Lebih Baik Dari Pak Hassan.


Dimulai gelakan azrin dahulu, hahahahaha!!!. azrin memang setuju apa yang diperkatakan oleh mantan mufti kerajaan negeri perlis dr asri zainul abidin tentang dato hassan ali yang telah digugur dari exco kerajaan negeri selangor, Memang perlu..memang perlu kita mahukan penggantinya lebih baik dari hassan ali dan bukanlah seseorang datangnya dari kalangan pengkhianat didalam perjuangan pakatan rakyat.

Hanyalah orang seperti hassan ali lah yang boleh manghancurkan kerajaan PR negeri selangor. hassan ali adalah ejen UMNO yang ingin mengburuk dan mensabotaj kerajaan negeri selangor dengan pergunakan agama sebagai modal untuk menunjukkan UMNO kononnya adalah hero untuk islam, nak tanya kepada pencacai-pencacai, dulu UMNO bertaring adakah meraka ingatkan Islam?? sila jawab...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 15 January 2012

Ugut Letup Helikopter Pakjib, Pelajar USM Ditahan.


Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini. Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. - Bernama

psst...Yang bertanggungjawab dan mengarah letup warga mangolia tu macam mana???

Baca Berita Penuh ..

Saturday 14 January 2012

102 Ahli PAS Palsu Sertai UMNO...


Seramai 102 anggota Palsu PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS. 

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Baca Berita Penuh ..

Anwar Bebas : Fakta Yang Utusan Taknak Tunjuk.


Perkara atau laporan di atas adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO berikutan keputusan Mahkamah yang membebaskan DS Anwar Ibrahim, dari tajuk yang terpampang jelas ianya adalah satu laporan yang cuba memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim.

Laporan di bawah pula adalah apa yang di siarkan oleh laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, yang tidak akan disiarkan oleh mana-mana media yang menjadi tunggangan UMNO/BN..


LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

Sumber : Milo Suam

psst...menteri umno dan pakjib dikelilingi perasuah, pemfitnah, anwar ibrahim dikelilingi ulama-ulama dan pecinta keadilan.

Baca Berita Penuh ..

Friday 13 January 2012

Sahabat Baik Dedah Siapa Saiful Bulkhari (Video)


Wawancara khas dari salah seorang sahabat baik kepada saiful bulkhari yg bercerita siapa dia saiful bulkhari.
Selamat menonton, 

Baca Berita Penuh ..

Madrasah Salihiah Baru Bakal Dibina, UMNO Membisu.


  Pelan dan reka bentuk surau baru di kompleks beli belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah dipersetujui Kerajaan Negeri Jumaat lalu, selepas beberapa pindaan dibuat.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden ini menggunakan cermin separa lut sinar yang dibina atas keluasan 4,800 kaki persegi. - GB   

psst....Nanti siap jangan malu2 kucing nak menumpang yer wahai UMNO...kekek...

Baca Berita Penuh ..

Anwar Tak Risau Mereka Merayu Atau Tidak


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat.

Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki, juga berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan.

Beliau disambut oleh ratusan orang yang berhimpun di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika beliau hadir untuk solat Jumaat.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA yang dikemukakan

Bapa Saiful, Azlan Md Lazim, telah menggesa pihak pendakwaan supaya merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.

Ketua Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, telah membayangkan Rabu lalu, bahawa beliau akan mengesyorkan mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, berkata bahagian itu belum mengkaji syor Yusof itu.

Azrin Ren : Anwar tak risau tetapi yang risau adalah saiful pungkoq dan UMNONYA, kesian...bapak pula dok sokong anaknya untuk terus pedajalkan orang. memang mata duitan manusia jenis macam saifu dan bapaknya. bapak boret anak rintik, kaki kencing kuat penipu calit kiwi kat dahi kononya nak tunjuk alim. porahh..ingat kami papagomo? ingat kami lembu? ingat kamu generasi mesin taip? ingat kami shahrizat cuti 3 minggu? nak tipu budak-budak belum tentu budak-budak percaya tau tidak.

Syabas dari seri anwar ibrahim, kalau takut jangan soal tentang perjuangan termasuk diri saya sendiri. biar mereka takut asalkan jangan anwar yg takut, biar mampos saiful pungkoq dan UMNO terus meroyan. biar mereka meroyan kat dunia jangan pulak di akhirat. sekian...

psst...Azrin Ren tak hipokrikk....

Baca Berita Penuh ..

Jika Malaysia Tanpa Rasis


Indahnya jika malaysia tanpa rasis, buruknya dan hancurnya malaysia jika rasis sebagaimana permainan perkauman dimainkan oleh UMNO, sikap UMNO lah yg ingin menghancurkan perpaduan antara kaum dan juga keamanan, ayuh mari kita bersatu dan abaikan sikap negatif yg ada pada jati diri kita. jangan jadi seperti UMNO. mereka beruang yg buas yg tak boleh duduk diam bagaikan kerusi kepanasan sebagai mana mereka kepanasa berikutan pembebasan Anwar Ibrahim..kekeke...

Semoga anda semua jadikan video ini sebagai contoh dan teladan yg boleh dikuti oleh semua lapisan masyarakat di negara ini..sekian - Azrin Ren

psst..Pagagomo dan UMNO suka main rasis...sebabnya mereka nak negara kita ni jadi seperti kat maluku dan ambon tu....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 11 January 2012

Pekida/Perkasa Lari Dihalau Balik Di Kompleks Mahkamah Jalan Duta (901)


Azrin Ren : Amboi amboi amboi...kat video youtube punyalah cakap pakai main besar, berani...panglima kononnn...kena gasak sikit dari penyokon anwar terus berundur kecut teloq, kahkk ptuih kat mula lu orang. semuanya muka-muka yg telah dirantai oleh Umno, muka-muka yg diupah. 

Lu semua sapa? lu ingat lu tuhan ka? lu pun makan nasi macam orang lain juga, lu semua juga hamba Allah bukan tuhan. inilah balasan orang cakap besar, nak ludah mahasiswa konon. mana arman? mana ibrahim ali al-kataki? lari sembunyi mana? nak solat asar konon. tak sedar diri, pengkhianat. pergunakan agama nak tunjuk jaguh dan hero. dulu lu kuat kenapa lu tak perjuangkan semua ini?

Sekarang lebih baik lu pergi nasihat menteri-menteri Umno, Blogger-Blogger Umno yg kuat melucah, memfitnah menolak hukum hakam islam, memaki hamun ulama, ister-isteri pemimpin dok tunjuk jambol daripada lu buat demo murahan macam diatas tu. ahahahaha....kena gasak terus undur!!! penakut!! cakap besar dalam video!! lu olang ni bukan panglima tetapi syaitan yg nak upahan!!

psst...Ptuih kat muka lu olang!!!

Puak-puak blogger Umno tak habis-habis mempergunakan isu muslimat PAS untuk modal politik kotor mereka, itu biasalah sebagai tanda memberi sokongan, kan lebih baik dari video kat atas tu. oh ya...dalam video muslimat pas ada sekoq puteri umno dok menyamar buat onar. berapa ringgit lu dapat tu??/ rm50???

Baca Berita Penuh ..

Monday 9 January 2012

Adam Adli Digantung 3 Semester


Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan banner pro-pelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

Azrin Ren : Ooooo yg dok berzina, menyamun yg dok memfitnah tu tak kena gantung dan juga tak kena hukuman ker? besar sangat ker dosa org yg menruun bendera pakjib? pakjib tu tuhan ker sampai menganggungkan pakjib. sehingga org ygi ngin kebebasan dan keadilan dihukum yg begitu tidak wajar baginya. teruk sungguh pemerintah umno ni. harus dikalahkan pada pru13 demi membebas semua rakyat yg dicengkam kuku besi oleh sang umno.

psst...Pembunuh warga mangolia hukumannya digantung sampai mati...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 8 January 2012

Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah



Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.


Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. 
9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.
9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir. 
8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.

"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".
8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat. 

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.
Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am:Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am:  Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.
Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar. 
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba. 
7.19am:  Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh. 
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force 
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.
psst...Pakjib!!! balik copat..terjun laut berenang balik malaysia!! Anwar Bebas!!...kekeke..apo2 pun memang sah pakjib takut penjarakan anwar..sebab takut kena belasah teruk pru13 ni...apa2 pun umno tetap akan kena belsah sebab isu taraf hidup tinggi dan ekonomi rakyat yg merudum...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat